Ini Sebabnya Kenapa Otot Daging Masih Bergerak-Gerak Walaupun Selepas Lembu Disembelih

Lifestyle
18 Jun 2024 • 9:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Hari Raya Aidiladha cukup sinonim dengan ibadah korban. Tentulah, daging yang telah dikorbankan juga diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Bercakap mengenai ibadah korban, baru-baru ini, viral di laman sosial mengenai satu video yang memperlihatkan daging korban bergerak-gerak selepas dipotong.

Menerusi video yang dikongsikan menerusi TikTok itu, ramai yang memberikan pendapat mengenai situasi berkenaan.

Ramai dalam kalangan netizen menyebut insiden tersebut sebagai kesan muscle memory.

Daging

Namun, ada yang mendakwa kejadian itu bukan disebabkan muscle memory. Sebaliknya, menurut seorang pengguna TikTok, fenomena itu dikenali sebagai rigor mortis.


image is not available

Rigor mortis atau kekakuan maut berlaku kerana hilangnya adenosin trifosfat (ATP) daripada otot badan manusia. ATP digunakan untuk memisahkan ikatan aktin dan miosin dalam otot supaya otot boleh berehat dan hanya akan menjana semula apabila proses metabolik berlaku.
 


Jika sesuatu haiwan meninggal dunia, proses metabolisme akan terhenti dan bekalan ATP tidak akan terbentuk, jadi badan perlahan-lahan akan menjadi kaku apabila jumlah ATP dalam otot berkurangan.
 

@arfasyrf EEEYEKK GELI?? sape meremang tngok ni? #trypophobia ♬ original sound - Arifasyraf


Korang dah tengok filem The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

View Original Article