Ini Sejarah Kenapa Buah Tembikai Jadi Simbol Solidariti Palestin

Art
28 Oct 2023 • 12:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau kita sering melihat sokongan solidariti kepada Palestin akhir-akhir ini, pastinya kita perasan dengan kehadiran beberapa sepanduk yang meletakkan gambar buah tembikai. Sebenarnya buah tembikai adalah simbol solidariti Palestin.

image is not available

Penggunaan tembikai sebagai simbol Palestin bukanlah perkara baru. Ia pertama kali muncul selepas Perang Enam Hari pada tahun 1967, apabila Israel merampas Tebing Barat dan Gaza.

Ketika itu, kerajaan Israel menjadikan kibaran bendera Palestin sebagai kesalahan jenayah di Gaza dan Tebing Barat.

image is not available

Untuk mengelak larangan itu, rakyat Palestin mula menggunakan tembikai. Ini kerana buah itu apabila dipotong, isi dalaman dan kulitnya memiliki warna yang sama dengan warna bendera Palestin, iaitu merah, hitam, putih, dan hijau.

Kisah buah tembikai solidariti Palestin

Satu kisah yang berlaku di Semenanjung Gaza, di mana seorang lelaki pernah ditangkap kerana membawa hirisan tembikai—dengan itu memaparkan warna merah, hitam dan hijau Palestin.

image is not available

Pada tahun 2007, sejurus selepas Intifada Kedua, seorang artis, Khaled Hourani mencipta The Story of the Watermelon untuk sebuah buku bertajuk Subjective Atlas of Palestine. Pada tahun 2013, beliau mengasingkan satu cetakan dan menamakannya The Colors of the Palestinian Flag dan sejak itu dilihat oleh orang ramai di seluruh dunia.

image is not available

Jadi untuk korang yang cakna dengan isu Palestin ni, jangan pelik kalau nampak ada orang bawa sepanduk tembikai sebagai tanda protes atas kekejaman Israel ke atas Palestin.

Sumber: Time

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.