
Boleh plan bawa family ke acara-acara sini nanti
Ini Senarai Acara Menarik Di Kuching Bulan Disember Ini. Terdapat pelbagai acara menarik yang akan berlangsung sepanjang bulan ini, menyajikan peluang kepada penduduk tempatan dan pelancong untuk menyelami keindahan budaya dan hiburan yang unik.
Inilah senarai acara-acara menarik di Kuching pada bulan Disember ini:

1. Borneo SarxIndo Concert
Menandakan penyatuan seni muzik Indonesia dan Sarawak, konsert Borneo SarxIndo menampilkan persembahan istimewa dari dua kumpulan terkenal, Nidji dan Dadali. Penggemar muzik tanah air pasti tidak mahu terlepas peluang menyaksikan acara ini yang menjanjikan pengalaman muzikal yang luar biasa.
Lokasi
Tarikh Acara
Pembelian Tiket
Sarawak Cultural Village, Pantai Damai Santubong, Kampung Budaya Sarawak, 93752 Kuching, Sarawak
29 Disember 2023 & 30 Disember 2023
Pembelian tiket di sini: https://www.ticket2u.com.my/event/32941

2. Exists BCCK
Legenda rock Malaysia, Exists, bakal buat konsert khas untuk orang Sarawak dengan membawa suasana nostalgia melalui persembahan mereka. Jangan ketinggalan untuk turut bernostalgia bersama Exists!
Lokasi
Tarikh Acara
Demak-Isthmus Bridge, Jalan Keruing, Sejingkat, 93050 Kuching, Sarawak
17 Disember 2023

3. Christmas Dreamville Saradise
Suasana kemeriahan Krismas akan melanda Saradise dengan acara Christmas Dreamville. Dengan hiasan lampu yang berwarna-warni, pameran perniagaan tempatan, dan aktiviti keluarga, acara ini menawarkan banyak lagi aktiviti menarik untuk pengalaman Krismas yang unik di tengah-tengah landskap yang menakjubkan.
Lokasi
Tarikh Acara
Saradise Edge, Jalan Stutong, 93350 Kuching, Sarawak
15 Disember 2023 – 31 Disember 2023 (4 pm – 11 pm)

4. New year Countdown Waterfront Kuching
Acara New Year Countdown di Waterfront menawarkan pemandangan yang menakjubkan, persembahan artis tempatan dan bunga api yang menakjubkan. Pastikan anda adalah sebahagian daripada perayaan yang menakjubkan ini.
Lokasi
Tarikh Acara
16, Jalan Gambir, 93000 Kuching, Sarawak
31 Disember 2023



