Ini Senarai Acara Menarik Sepanjang Bulan Februari 2024 Di Kuching

2 Feb 2024 • 2:24 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Nahh.. event menarik untuk korang bulan Februari ini

Ini Senarai Acara Menarik Sepanjang Bulan Februari 2024 Di Kuching. Dah masuk bulan Februari ni, mesti ramai yang tengah cari apa je event-event yang menarik sepanjang bulan ini di Kuching.

Berikut adalah senarai event menarik yang patut anda sertai untuk memeriahkan bulan ini:

image is not available

1. Food Unites 2024

Tarikh: 3-4 Februari 2024, Sabtu & Ahad

Acara ini pasti menjadi tumpuan para foodies di Kuching. Food Unites merupakan platform untuk menggabungkan pelbagai hidangan tempatan, juga pelbagai banyak aktiviti menarik menanti anda di sini.

Lokasi

Tarikh

Senarai aktiviti

Kuching Waterfront, Sarawak

image is not available

3-4 Februari 2024, Sabtu & Ahad

10.00 pagi – 10.00 malam

  1. Meja Etnik
  2. Bengkel Kopi
  3. Pameran Agensi
  4. 12 Gerai Laksa
  5. Pertandingan Makanan Estetik
  6. Kopi & Puisi
  7. Car Boot Sale
  8. Pameran Kraf Tangan
  9. Muzik dan Tarian Tradisional
  10. Permainan Tradisional
  11. Cabutan Bertuah

Buat anda yang ingin turut serta dalam pertandingan dan bengkel yang bakal diadakan di sini, boleh klik pautan bawah ini:

image is not available

2. Mini Karnival Usahawan Desa (Samarahan)

Tarikh: 1-4 Februari 2024, Khamis hingga Ahad

Menyokong usahawan tempatan, Mini Karnival Usahawan Desa di Samarahan membawa bersama produk-produk unik dan kreatif hasil tangan usahawan desa. Dari hasil pertanian hingga kraftangan, karnival ini memberi peluang kepada penduduk setempat untuk memajukan ekonomi masyarakat desa sambil menikmati suasana karnival yang meriah.

Lokasi

Tarikh

Aktiviti, Penceramah & Artis Jemputan

Halaman Samarahan, Kota Samarahan

1-4 Februari 2024, Khamis hingga Ahad

7.00 pagi hingga 10.30 malam

Aktiviti-aktiviti menarik:

  1. Cabutan Bertuah
  2. Maraton Poco-Poco (Malaysia Book of Records)
  3. Pertandingan Memanah
  4. Pertandingan Pakaian Beragam
  5. Pertandingan Memasak
  6. Konsert KUD
  7. Fun Ride & Fun Run
  8. Pertandingan Autoshow
  9. Pertandingan Kicauan Burung
  10. Pertandingan Tarian Nopeng
  11. Pertandingan & Pameran Si Bulus
  12. Pameran Superbike

Penceramah (Forum Perdana Ehwal Islam):

  1. Ustaz Harryanto Rizal Rokman
  2. Ustaz Dr. Mohd Erfino Johari
  3. PU Hafiz
  4. Suffian Amrin
  5. Az-Zahra

Barisan Artis:

  1. Ella
  2. Hafiz Suip
  3. Jay Jay
  4. Caludia Geres
  5. Alexander Peter Chelum

image is not available

3. Malam Piluk

Tarikh: 3 Februari 2024

Apabila anda patah hati atau sedih, pasti anda lebih memilih untuk layan dalam kesedihan dengan menjiwai lagu-lagu sedih. “Sembuhkan dulu hatimu sebelum memulai kisah yang baru lagi”, pasti menyentuh emosi anda. Lihat info lebih lanjut di bawah:

Lokasi

Tarikh

Tiket & Senarai Lagu

Studio Saramusic, Sublot 53 Metrocity 93050 Kuching

3 Februari 2024, Sabtu

7.00 malam

Harga tiket:

  • Dewasa- RM25
  • Student- RM15
  • Kanak-kanak- percuma

Anda boleh buat pembelian tiket hari ini:

Konsert Busking Malam Piluk 2024

Penyanyi: Nadhar Idruze, Wan Zamina, Faris Malek, King

image is not available
image is not available

Antara senarai lagu yang bakal dinyanyikan:

image is not available

image is not available

4. Geng Subuh Macam Jumaat

Tarikh: 10 Februari 2024, Sabtu

Bagi mereka yang mahu menyertai aktiviti keagamaan, acara Geng Subuh Macam Jumaat anjuran dari Cats FM, adalah pilihan yang tepat. Dengan zikir, tazkirah, dan solat Subuh berjemaah, acara ini menggalakkan kebersamaan di kalangan masyarakat Muslim di Kuching.

LokasiTarikhAturcara

Masjid Darul Hana, Jln Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin, Petra Jaya, 93050 Kuching

10 Februari 2024, Sabtu

5.00 pagi hingga 9.00 pagi

image is not available
image is not available

4. Koplo Pentas Borneo 2024

Tarikh: 17 Februari 2024, Sabtu

Konsert ini menjanjikan malam yang sensasi dengan Dangdut Koplo, menampilkan beberapa artis Indonesia yang paling ikonik. Konsert muzik Dangdut yang dipersembahkan oleh artis-artis jemputan dari negara seberang bertempatkan di Pusat Konvensyen Borneo di Kuching, Sarawak.

LokasiTarikhTiket

Pusat Konvensyen Borneo di Kuching, Sarawak

https://www.google.com/maps/embed?pb=!1m14!1m8!1m3!1d15953.338335756542!2d110.4056014!3d1.5626183!3m2!1i1024!2i768!4f13.1!3m3!1m2!1s0x31fba619cbbb8599%3A0x32e1ce132bfe9005!2sBorneo%20Convention%20Centre%20Kuching%20(BCCK)!5e0!3m2!1sen!2smy!4v1706854263783!5m2!1sen!2smy

Tarikh: 17 Februari 2024, Sabtu

Tiket dijual pada harga RM88, RM99, RM120 dan RM170.

Beli sini:

www.ticket2u.com.my

image is not available

5. Projek Sedekah Masuk Sekolah (Kuching Car Boot Sale)

Tarikh: 3-4 Februari 2024, Sabtu & Ahad

Kalau anda atau anak-anak anda masih mempunyai baju sekolah yang masih elok dan tak tahu nak buat apa dengan baju tu, boleh hantar ke KCBS yang bakal diadakan di UTC. Anda juga boleh memberikan sumbangan seperti baju baharu di sana.

Baju-baju yang dikumpulkan ini akan diserahkan ke sekolah-sekolah terpilih dan sesiapa yang memerlukan boleh ambil di KCBS Pop Up Market di The Hills nanti

LokasiTarikh

Kuching Car Boot Sale, Taman Kereta, 23, 14, Jalan Bukit Mata Kuching, 93100 Kuching

3-4 Februari 2024

9.00 pagi hingga 6.00 petang

image is not available

Lagi event yang best pada bulan ini akan kami update kat sini tauu!

Baca juga artikel menarik, di bawah:

https://www.iloveborneo.my/masjid-al-qadim-sibu-masjid-tertua-sarawak/
https://www.iloveborneo.my/kaum-sarawak-miliki-manik-suatu-masa-dahulu/