Ini Senarai Gerai Yang Beroperasi Tengah Malam Sepanjang Ramadan Di Samarahan

18 Mar 2024 • 1:08 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Alamak, dah lepas pukul 10 dah ni, kedai mana yang masih buka, ek?

Ini Senarai Gerai Yang Beroperasi Tengah Malam Sepanjang Ramadan Di Samarahan. Sepanjang bulan Ramadan yang mulia, ramai yang menanti untuk berbuka puasa dan menikmati juadah tengah malam.

Bagi penduduk di kawasan Samarahan, Sarawak, terdapat beberapa gerai yang beroperasi sehingga lewat malam khusus untuk bulan puasa.

image is not available
Ini Senarai Gerai Yang Beroperasi Tengah Malam Sepanjang Ramadan Di Samarahan

Ini Senarai Gerai Yang Beroperasi Tengah Malam Sepanjang Ramadan Di Samarahan

Berikut adalah senarai gerai yang beroperasi tengah malam sepanjang bulan Ramadan di Samarahan:

1. Nasi Lemak Antoo

Nasi Lemak Antu Gerai nasi lemak yang popular ini menawarkan nasi lemak berlauk yang sedap dengan sambal yang pedas. Selain nasi lemak berlauk, mereka juga menyediakan pelbagai menu dan lauk pauk seperti ayam masak merah, ayam masak rendang, mi kolok dan bubur.

Dan yang menariknya, kedai ini beroperasi 24 JAM tauu!

Lokasi

Menu

Masa

Taman Desa Ilmu Lorong 4, berhadapan dengan The Summer Mall.

24 Jam!

2. De Langko, Samarahan

De Langko adalah gerai makanan yang menyediakan pelbagai juadah seperti mee goreng, burger, oden, nasi goreng, dan nasi putih dan lauk.

Gerai ini merupakan gerai baharu dan beroperasi sehingga 5 pagi. Yang bestnya, tempat ini beroperasi berdekatan dengan kolej pelajar UNIMAS. Wahh senanglah diorang nak cari makan untuk berbuka, moreh, dan sahur nanti!

Lokasi

Menu/ Harga

Masa

No 56 Lorong 22A2A Taman Desa Ilmu, 94300 Kota Samarahan

4.00 petang sehingga 5.00 pagi

3. Stayday Cafe

Stayday Cafe Stayday Cafe adalah sebuah kafe yang menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman. Suasana kafe yang santai dan selesa menjadikannya tempat yang sesuai untuk bersantai, berbuka puasa, moreh dan sahur.

Mereka juga menawarkan kiosk jualan makanan untuk berbuka secara pandu lalu (drive-thru).

Lokasi

Menu

Masa

Desa Ilmu, Kota Samarahan

6.00 petang sehingga 3.00 pagi

4. Unplugged Coffee

Unplugged Coffee juga menawarkan pelbagai hidangan yang enak untuk berbuka, moreh sehinggalah waktu sahur. Memang popular di kalangan penduduk tempatan dan juga pelajar uni.

Oh yaa.. yang nak berbuka sini, pastikan anda membuat tempahan tauu! Yang nak buat tempahan awal tu, boleh tekan pautan di bawah:

Lokasi

Menu

Masa/ Tempah

 Lot 5314, Ground Floor, SL6 Jalan Datuk Mohamad Musa Phase 25(A, Taman Desa Ilmu, 94300 Kota Samarahan

2.00 petang sehingga 5.00 pagi

Boleh tempah di sini:

5. Top Beef

Top Beef ini merupakan gerai yang hidangkan burger homemade yang confirm buat korang terliur!

Mereka menggunakan daging kualiti terbaik dan disediakan dengan cara yang istimewa. Gerai ini dibuka sehingga lewat malam untuk memenuhi permintaan pengunjung.

Lokasi

Menu

Masa

LOT 1606 MTLD, KM 8, Jln Datuk Mohammad Musa, 94300 Kota Samarahan

4.00 petang sehingga 12.00 malam

Tengah usha tempat berbuka ke tu? Haa meh sini lihat senarai tempat berbuka di bawah: