Ini Senarai Lokasi Berpotensi Banjir Di Sarawak Berdasarkan Laporan NADMA

23 Dec 2022 • 12:45 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Laporan terkini paras air banjir oleh NADMA

Ini Senarai Lokasi Berpotensi Banjir Di Sarawak Berdasarkan Laporan NADMA. Sarawak dilaporkan antara negeri terbaharu terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat turun tanpa henti sejak semalam.

Menerusi satu ciapan pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA Malaysia) di Twitter, mereka telah pun mengeluarkan ‘Notikasi Aras Air dan Hujan Terkini’.

Ini Senarai Lokasi Berpotensi Banjir Di Sarawak Berdasarkan Laporan NADMA. Sumber: Twitter NADMA

Berdasarkan laporan tersebut, pihak NADMA telah pun menyenaraikan beberapa lokasi di Sarawak yang terkesan akibat banjir.

Ini senarai lokasi di Sarawak yang terjejas banjir

Difahamkan kawasan yang paling buruk terjejas di Sarawak ialah di bahagian Sungai Similajau, Bintulu. Berdasarkan laporan tersebut, paras air dikatakan setinggi 10.45 meter di mana telah pun melebihi tahap amaran.

image is not available

Kawasan kedua terjejas ialah di bahagian Punan Bah, Kapit. Aras air di bahagian tersebut dicatatkan setinggi 10.05 meter. Penduduk di sekitar Kapit diminta untuk peka dan berjaga-jaga kerana difahamkan paras air menunjukkan trend menaik.

image is not available

Di bahagian Kuching pula, kawasan yang teruk terjejas adalah di Malihah dengan paras air setinggi 6.83 meter dengan tahap waspada. Diikuti dengan Batu Kitang Telemetry dengan paras air setinggi 3.51 meter.

Kampung Rayu pula mencatatkan paras air setinggi 3.3 meter dan penduduk di sekitar ini diminta untuk berhati-hati kerana paras air dilihat menunjukkan trend menaik.

Lagi info terkini mengenai banjir di Sarawak: