Ini Senarai Lokasi Penebusan E-Madani Sekitar Kuching

9 Dec 2023 • 2:02 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tak tahu nak tebus e-Madani, ini adalah panduannya

Ini Senarai Lokasi Penebusan E-Madani Sekitar Kuching. Kerajaan baru-baru ini telah pun mengumumkan satu inisiatif baru iaitu bantuan e-kredit, E-Madani untuk membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.

Maksudnya, kalau korang ada pendapatan RM100,000 dan ke bawah setahun, korang layak untuk redeem kredit e-tunai sebanyak RM100. Wang ini boleh digunakan untuk membeli barang keperluan harian di kedai-kedai terpilih.

image is not available
Ini Senarai Lokasi Penebusan E-Madani Sekitar Kuching. Kredit: Google

Mulai 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024, korang boleh tebus e-tunai RM100 ni melalui 4 e-dompet pilihan kerajaan: Shopeepay, TNG eWallet, Setel atau MAE.

Senang jer daftar e-dompet mana satu yang korang suka, lepas tu redeem kredit RM100 tu!

Buat warga Kuching yang dah pun menebus E-Madani ni tapi risau pulak kat mana nak shopping jangan risau! Di sini kami akan senaraikan beberapa kedai ataupun pasar raya yang menerima cara pembayaran ini!

1. Mydin

Mydin adalah antara pasar raya yang turut menerima penebusan e-tunai E-Madani. Lebih menarik, kebanyakan produk di pasar raya ini datang dari jenama tempatan kita sendiri.

Bagi yang sedang menyokong untuk memboikot beberapa jenama dan produk dari negara luar, Mydin boleh menjadi pilihan yang ideal. Dengan ini kita dapat membeli dan menyokong produk-produk yang dihasilkan oleh perusahaan tempatan Malaysia.

image is not available

2. Everwin

Everwin antara pasar raya terpilih yang menerima penebusan e-Madani ini. Memandangkan Everwin mempunyai beberapa cawangan, jadi bukan sahaja warga Kuching boleh membuat penebusan di sini, tetapi warga Serian dan Sri Aman juga boleh menebus e-kredit tersebut di sini!

Nak lagi jimat, tebus e-kredit ini semasa mereka membuat promosi happy hour dan promosi hujung minggu. Confirm jimat banyak, hidup kenalah bijak!

image is not available

3. Emart

Selain Everwin dan Mydin, anda juga boleh membuat penebusan di pasar raya Emart.

Sekiranya anda pemegang kad Emart, pembelian anda akan lebih berbaloi memandangkan harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding pelanggan biasa.

image is not available

4. Watson

Yang no 3 ni mesti ramai kaum hawa suka. Watson pun menerima penebusan e-Madani ni tau!

Nak pembelian yang berbaloi, macam biasa tunggulah promosi Watson setiap hujung minggu.

image is not available

5. Mr D.I.Y

Yang no 4 ni pulak, bukan setakat kaum bapa, kaum ibu, anak-anak pun suka ke sini. Dari barang-barang hardware, perhiasan rumah, mainan dan banyak lagi semuanya ada di sini.

Kalau tak tahu nak tebus e-Madani kat mana, di sinilah lokasi yang sesuai buat anda!

image is not available

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/rayuan-emadani-ditolak-panduan-permohonan/

https://www.iloveborneo.my/bantuan-emadani-cara-buat-cukai-pendapatan/