Ini Senarai Nama Timbalan Menteri Di 28 Kementerian Kerajaan Perpaduan

LocalPolitics
9 Dec 2022 • 8:58 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan timbalan-timbalan Menteri bagi kabinet Kerajaan Perpaduan pada pukul 8.15 malam tadi.

Kali ini, kerajaan Malaysia bakal menyaksikan dua orang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan dan Steven Sim Chee Keong.

Selain itu, beberapa individu lain yang dilantik sebagai Timbalan Menteri seperti Dato Hjh Rubiah Binti Wang(Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah), Datuk Haji Hasbi bin Habibollah (Kementerian Pengangkutan), Adly Zahari (Kementerian Pertahanan) dan Ramkarpal Singh (Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi)).

Bukan itu sahaja, kabinet ini turut menampilkan wajah-wajah baharu seperti Khairul Firdaus Akhbar Khan (Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya), Adam Adli Abd Halim (Timbalan Menteri Beliau dan Sukan) serta Wilson Ugah (Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri).

Seterusnya, terdapat beberapa Timbalan Menteri yang diumumkan seperti Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (Kementeian Dalam Negeri), Datuk Arthur Joseph Kurup (Kementerian Sains dan Teknologi), Fuziah Salleh (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) serta Datuk Mohamad Alamin (Kementerian Luar Negeri)

Bekas Timbalan Menteri Pendidikan pada 2018, Teo Nie Ching pula telah memegang porfolio baharu sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital buat kali ini.

Bagi selanjutnya, anda boleh merujuk pada senarai di bawah:

image is not available

image is not available

image is not available

Berikut adalah untaian tweet senarai penuh Timbalan Menteri di 28 Kementerian Kerajaan Perpaduan.

Untuk makluman, terdapat dua kementerian yang tidak memiliki timbalan iaitu Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

dan Kementerian Perpaduan Negara.

Timbalan-timbalan Menteri tersebut bakal menjalani istiadat angkat sumpah pada pukul 3.00 petang esok.

Sumber: Bernama