Ini Senarai Penuh Kabinet Baru Kerajaan Malaysia 2024

12 Dec 2023 • 2:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ini Senarai Penuh Kabinet Baru Kerajaan Malaysia 2024. Dalam satu sidang media di Bangunan Perdana Putra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai barisan Kabinet yang baru dalam barisan kepimpinan Kerajaan Malaysia.

Rombakan kabinet Anwar Ibrahim ini menyaksikan pertambahan Ahli Jemaah Menteri daripada 28 orang kepada 31 orang, pertambahan Timbalan Menteri daripada 27 orang kepada 29 orang, dan jumlah keseluruhan ahli kabinet daripada 55 orang kepada 60 orang. Selain itu, beberapa kementerian baharu juga diwujudkan dalam kabinet baru ini, hasil daripada pengasingan daripada gabungan portfolio asal.

image is not available
Ini Senarai Penuh Kabinet Baru Kerajaan Malaysia 2024. Kredit foto: BERNAMA

Ini adalah senarai yang telah rasmi diisytiharkan pada Selasa, 12 Disember 2023:

1. Kementerian Kewangan

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Menteri Kewangan II: Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (dilantik Senator)
Timbalan Menteri Kewangan : Lim Hui Ying


2. Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Hajah Rubiah Wang


3. Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam

Timbalan Perdana Menteri II dan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Akmal Nasrullah Mohd Nasir


4. Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan: Loke Siew Fook
Timbalan Menteri Pengangkutan: Hasbi Habibollah


5. Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan

Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan: Datuk Seri Mohamad Sabu
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Datuk Arthur Joseph Kurup


6. Kementerian Ekonomi

Menteri Ekonomi : Mohd Rafizi Ramli
Timbalan Menteri Ekonomi: Datuk Hanifah Hajar Taib


7. Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Datuk Aiman Athirah Sabu


8. Kementerian Luar Negeri

Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan Menteri Luar Negeri: Datuk Mohamad Alamin


9. Kementerian Kerja Raya

Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Ahmad Maslan


10. Kementerian Dalam Negeri

Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Timbalan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah


11. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri: Liew Chin Tong


12. Kementerian Pertahanan

Menteri Pertahanan: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Timbalan Menteri Pertahanan: Adly Zahari


13. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Chang Lih Kang
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Datuk Mohammad Yusof Apdal


14. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Nancy Shukri
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Inovasi: Datuk Seri Noraini Ahmad


15. Jabatan Perdana Menteri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi): M Kulasegaran


16. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Nik Nazmi Nik Ahmad
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Datuk Seri Huang Tiong Sii


17. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk Ewon Benedick
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk R Ramakrishnan


18. Kementerian Pendidikan Tinggi

Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Zambry Abd Kadir
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Mustapha@Mohd Yunus Sakmud


19. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

Menteri Pelancoongan, Seni dan Budaya: Datuk Seri Tiong King Sing
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Khairul Firdaus Akbar Khan


20. Kementerian Komunikasi

Menteri Komunikasi: Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
Timbalan Menteri Komunikasi: Teo Nie Ching


21. Kementerian Pendidikan

Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek
Timbalan Menteri Pendidikan: Wong Kah Wong


22. Kementerian Perpaduan

Menteri Perpaduan: Datuk Aaron Ago Anak Dagang
Timbalan Menteri Perpaduan: Saraswathy Kandasami


23. Jabatan Agama (Hal Ehwal Agama)

Menteri di Jabatan Agama (Hal Ehwal Agama) : Datuk Seri Mohd Na’im Mokhtar
Timbalan Menteri di Jabatan Agama (Hal Ehwal Agama): Dr Zulkifli Hasan


24. Kementerian Belia dan Sukan

Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh
Timbalan Menteri Belia dan Sukan: Adam Adli Abd Halim


25. Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) : Dr Zaliha Mustafa


26. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Datuk Armizan Mohd Ali
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Fuziah Salleh


27. Kementerian Perladangan dan Komoditi

Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Chan Foong Hin


28. Kementerian Kesihatan

Menteri Kesihatan – Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (dilantik Senator)
Timbalan Menteri Kesihatan – Datuk Lukanisman Awang Sauni


29. Kementerian Digital

Menteri Digital – Gobind Singh Deo
Timbalan Menteri Digital – Datuk Ugak Anak Kumbong


30. Kementerian Sumber Manusia

Menteri Sumber Manusia – Steven Sim Chee Keong
Timbalan Menteri Sumber Manusia – Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad


Sebab berlakunya rombakan kabinet kerajaan pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Rombakan ini dibuat barisan kabinetnya atas beberapa sebab:

  1. Pasukan Profesional Kuat: Anwar Ibrahim menekankan bahawa Kementerian Kewangan perlu diketuai oleh pasukan profesional yang kuat untuk memastikan negara berada di landasan yang betul.
  2. Pelantikan Menteri Kewangan Baru: Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, telah dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua dalam barisan Kabinet terkini Anwar Ibrahim.
  3. Menangani Isu-Isu Ekonomi: Terdapat keperluan untuk melakukan penggantian besar-besaran dalam Kabinet untuk menunjukkan kesungguhan dalam menangani ekonomi yang lembap dan isu-isu kos sara hidup.
  4. Peningkatan Prestasi: Anwar Ibrahim menyebut bahawa menteri-menteri, termasuk dirinya sendiri, perlu diberi peluang untuk memperbaiki dan meningkatkan prestasi mereka.

Perubahan-perubahan ini adalah sebahagian daripada usaha Anwar Ibrahim untuk menangani cabaran-cabaran ekonomi negara dan meningkatkan prestasi pentadbirannya.

Lagi berita menarik untuk anda:

https://www.iloveborneo.my/guna-beg-songket-sarawak-bentang-belanjawan-cita-rasa-anwar-ibrahim-dipuji-netizen/

https://www.iloveborneo.my/belanjawan-2024-sarawak/