Ini Senarai Penutupan Jalan Sekitar Kuching Sempena Sarawak Walk Harmony Esok

28 Jun 2024 • 2:48 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jangan lupa rancang perjalanan anda

Ini Senarai Penutupan Jalan Sekitar Kuching Sempena Sarawak Walk Harmony Esok. Perarakan Hari Harmoni Sarawak 2024 dijadualkan berlangsung di Padang Merdeka pada hari Sabtu ini jam 5.30 pagi dengan jangkaan kehadiran sekurang-kurangnya 5,000 peserta.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah dalam satu kenyataan berkata beberapa penutupan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dari jam 6 pagi sehingga acara tamat.

image is not available
Ini Senarai Penutupan Jalan Sekitar Kuching Sempena Sarawak Walk Harmony Esok. Sumber: The Borneo Post

“Penutupan jalan adalah untuk memastikan kelancaran aliran trafik sepanjang acara berlangsung,” katanya.

Ahsmon menekankan jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan Tun Abang Haji Openg (lampu isyarat RTM) menuju Padang Merdeka; Jalan Haji Taha menuju Jalan Market; persimpangan lampu isyarat St Mary menuju Jalan McDougall; Jalan Pearl; lampu isyarat Jalan Wawasan; dan Jalan Temple di hadapan Kuil Tua Pek Kong.

Ahsmon menasihati pengguna jalan raya untuk menggunakan laluan alternatif ke destinasi mereka.

“Kenderaan yang menggunakan Jalan Tabuan dari Jalan Simpang Tiga dinasihatkan untuk menggunakan Jalan Central Timur atau melalui Jalan Ban Hock bagi mengelakkan kesesakan di penutupan lampu isyarat Jalan McDougall.

“Kenderaan yang datang dari Jalan Haji Taha juga dinasihatkan untuk membuat pusingan U di bulatan Masjid Bandaraya Kuching manakala kenderaan yang datang dari Jalan Padungan sepatutnya membelok di Jalan Abell atau Jalan Borneo bagi mengelakkan kesesakan di Jalan Temple,” katanya.

Ini cadangan tempat letak kereta anda

Beliau berkata peserta yang terlibat dalam acara tersebut boleh meletakkan kenderaan mereka di Medan Pelita, Plaza Aurora, Plaza Merdeka, Hikmah Exchange, Kompleks Islam Sarawak atau tempat letak kereta Muzium Budaya Borneo.

“Kami memohon kerjasama orang ramai untuk tidak meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan,” katanya, sambil menambah bahawa pengguna jalan raya harus merancang perjalanan mereka dan memilih laluan alternatif untuk mengelakkan sebarang kesesakan lalu lintas.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di 082-259900.

Baca lagi artikel menarik: