“Ini Tempat Paling Jijik Saya Pernah Tengok” – Mat Saleh Ini Dakwa Pangsapuri Di KL Ini Antara Tempat Paling Kotor

LocalTravel
1 Jul 2026 • 2:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Sebuah video yang tular di media sosial memaparkan pengalaman seorang pelancong melawat sebuah pangsapuri dikenali sebagai The Bund Shanghai di Kuala Lumpur, yang didakwanya sebagai antara lokasi paling menjijikkan pernah dilihat.

Menurut pelancong itu, dia sebelum ini menyangka bangunan berkenaan merupakan sebuah penginapan biasa yang boleh ditempah menerusi platform seperti Airbnb atau Booking.com.

Advertisement
View this post on Instagram

Bagaimanapun, sebaik melangkah masuk ke kawasan pangsapuri itu, dia mendakwa terus disambut dengan bau hancing yang sangat kuat.

Lebih mengejutkan, kemudahan asas seperti lif didakwa tidak berfungsi sehingga memaksa penghuni dan pelawat menggunakan lorong-lorong gelap yang bersambung ke bahagian belakang bangunan.

Walaupun keadaannya daif, pangsapuri tersebut didakwa masih dihuni. Malah, pelancong itu sempat bertegur sapa dengan salah seorang penghuni yang ditemuinya di kawasan berkenaan.

mat saleh

Antara perkara yang paling mengejutkannya ialah cara segelintir penghuni membuang sampah dengan hanya mencampakkannya terus dari tingkat atas.

Menurutnya, bukan sahaja sampah biasa, malah tilam lama, topi keledar dan serpihan motosikal turut dilihat dibuang ke kawasan bawah bangunan sehingga menyerupai tapak pelupusan haram.

“Ini tempat paling menjijikan yang pernah saya lihat sepanjang hidup ini.”

Pelancong itu turut mempersoalkan bagaimana keadaan bangunan tersebut masih dibiarkan berlarutan, sedangkan Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai infrastruktur dan kemudahan awam yang baik.

Lebih mengejutkan, dia mendakwa masih terdapat individu yang menyewa dan menginap di bangunan berkenaan.

Di akhir videonya, dia turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap keadaan bangunan tersebut.

“Sangat memalukan, pihak berkuasa Malaysia jika anda lihat video ini, tolong robohkan bangunan Bund Shanghai ini. Bangunan ini perlu pergi.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Ini Tempat Paling Jijik Saya Pernah Tengok” – Mat Saleh Ini Dakwa Pangsapuri Di KL Ini Antara Tempat Paling Kotor2026-07-01 12:24:33

"Arwah Tidak Sempat Melihat LRT3 Siap" - Anak Sambung Legasi Ayah Dalam Industri Rel Hampir 30 Tahun

The post “Ini Tempat Paling Jijik Saya Pernah Tengok” – Mat Saleh Ini Dakwa Pangsapuri Di KL Ini Antara Tempat Paling Kotor first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved