Vivo X Fold6 Dengan Dimensity 9500 Super dan Bateri 7000 mAh

TechnologyDigital
28 Jun 2026 • 2:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo X Fold6 dilancarkan di China dengan ia kini menjadi telefon skrin lipat dengan kapasiti bateri antara yang terbesar pernah digunakan. X Fold6 hadir dengan skrin 6.5″ AMOLED 120Hz di luar dan 8.02″ AMOLED 120Hz pula di bahagian dalam. Mengikut trend semasa, skrin lipat tidak mempunyai garis lipatan yang jelas.

Image from: Vivo X Fold6 Dengan Dimensity 9500 Super dan Bateri 7000 mAh

Menguasakan peranti ini ialah cip Dimensity 9500, memori sehingga 16GB RAM LPDDR5x, storan sehingga 1 TB UFS 4.1 dan bateri 7000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W secara berwayar. Terdapat juga sokongan pengecasan nirwayar 40W. Bateri X Fold6 memintas bateri Honor Magic V6 versi global (6660 mAh) tetapi di belakang Magic V6 versi 1TB di China dengan bateri 7150 mAh.

Image from: Vivo X Fold6 Dengan Dimensity 9500 Super dan Bateri 7000 mAh

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP, ultra lebar 50MP dan telefoto 50MP dengan zum 3X. Dua kamera swafoto pula sebesar 20MP. Lensa Zeiss digunakan pada kamera utama. Seperti X300 Ultra, X Fold6 juga mempunyai aksesori lensa tambahan ZEISS Teleconverter G2 200mm.

Image from: Vivo X Fold6 Dengan Dimensity 9500 Super dan Bateri 7000 mAh

Tubuh peranti melepasi piawaian IP59 dan sistem operasi yang digunakan pula ialah OriginOS 6 Fold berasaskan Android 16. Terdapat ciri melancarkan sehingga 5 aplikasi serentak seakan Stage Manager di iPadOS 26. Pada waktu yang sama empat aplikasi boleh dipaparkan serentak pada skrin.

Image from: Vivo X Fold6 Dengan Dimensity 9500 Super dan Bateri 7000 mAh

Di Cina Vivo X Fold6 dijual dalam warna Polar Night, Salt Lake dan Blue Hole dengan harga seperti di bawah.

Vivo X Fold6 (12/256GB) – RMB 7,999 (~RM 4806)
Vivo X Fold6 (12/512GB) – RMB 8,999 (~RM 5407)
Vivo X Fold6 (16/512GB) – RMB 9,999 (~RM 6008)
Vivo X Fold6 (16/1000 GB) – RMB 10,999 (~RM 6608)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved