Ini Tips Untuk Wanita Kekal Wangi Sepanjang Hari

BeautyLifestyle
19 Sep 2025 • 6:04 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Pernah tak rasa pelik, dah mandi pagi-pagi, pakai perfume mahal, tapi bila masuk tengah hari bau wangian pada badan macam dah hilang?

Hakikatnya, bau wangi yang tahan lama bukan datang dari perfume semata-mata. Ia bermula daripada rutin penjagaan badan yang betul, bermula dari mandi sampai ke sentuhan terakhir — perfume. 

Jadi untuk anda yang nak tahu, jom kami kongsikan 7 langkah mudah untuk diamalkan.

#1 Scrub Badan Bersih-Bersih

Step pertama yang ramai orang skip ialah scrub badan. Padahal, sel kulit mati yang terkumpul boleh buat bau badan kurang enak sebab peluh dan kotoran lebih mudah “terperangkap” pada kulit.

Dengan scrub 2–3 kali seminggu, kulit jadi lebih bersih, licin dan glowing. Lagi best, bila kulit dah bersih, bau wangi dari lotion, body mist dan minyak wangi akan tahan lebih lama.

#2 Sabun Badan Guna Loofah/Kain

Sabun dengan tangan memang cepat, tapi tak cukup efektif untuk buang peluh, habuk dan minyak. Loofah, sarung tangan mandi atau kain khas boleh bantu kulit lebih lembut dan licin.
Selain rasa lebih fresh, gosokan lembut tu juga melancarkan peredaran darah dan buat kulit nampak lebih sihat. Bila kulit betul-betul bersih, barulah wangi tahan lebih lama.

#3 Sapu Lotion Lepas Badan Kering

Lepas mandi, keringkan badan dan terus sapu lotion sebelum kulit hilang kelembapan semula jadi. Lotion bukan sahaja penting untuk elakkan kulit kering, tapi juga berfungsi sebagai “base” supaya bau wangi tahan lebih lama.

Pilih lotion yang ada fragrance ringan atau serasi dengan body mist & perfume. Layering lotion dan perfume akan hasilkan bau yang lebih kaya dan berlapis.

#4 Pakai Body Oil

Kalau nak naik level wangi, cuba pakai body oil. Tekstur yang lebih pekat berbanding lotion, jadi ia kunci kelembapan kulit lebih lama.

Rahsianya, body oil bantu “lock in” bau dari lotion atau body mist yang dipakai selepas tu. Kulit pun nampak lebih glowing dan sihat. Untuk tips extra, pilih body oil yang bauan asasnya sama dengan lotion atau minyak wangi untuk hasil lebih sekata.

#5 Spray Body Mist

Body mist ni macam lapisan wangian tambahan. Walaupun baunya lebih ringan daripada perfume, tapi bila spray satu badan selepas lotion atau body oil, kesannya jadi lebih natural dan tahan lama.

Kelebihan body mist, boleh spray banyak kali tanpa rasa terlalu kuat atau pening. Sesuai bawa botol mini dalam beg untuk top up bila perlu.

#6 Jangan Lupa Deodorant atau Anti-Perspirant

Bahagian ketiak ni kawasan paling cepat keluarkan bau bila berpeluh. Jadi deodorant wajib dipakai setiap hari, tak kira lelaki atau wanita.

Pilih deodorant yang sesuai dengan jenis kulit sama ada yang berbentuk spray, roll-on atau stick. Lagi best kalau pilih yang unscented atau bau lembut supaya tak “berlawan” dengan perfume.

#7 Spray Perfume Lepas Siap Berpakaian

Perfume ialah sentuhan terakhir untuk kekal wangi sepanjang hari. Tapi cara spray pun kena betul.

Sembur pada pulse point (belakang telinga, leher, pergelangan tangan, siku dalam, belakang lutut) kerana kawasan ini lebih panas dan bantu “activate” bau perfume. Jangan lupa spray sedikit pada pakaian dan rambut untuk kesan lebih tahan lama.

Tips Tambahan Untuk Kekal Fresh 

  • Rajin tukar pakaian dalam, tudung & stokin sebab fabrik mudah simpan bau peluh.
  • Minum cukup air untuk elakkan badan berbau masam akibat dehidrasi.
  • Makan makanan seimbang, kurangkan bawang putih/ bawang merah berlebihan yang boleh mempengaruhi bau badan.
  • Simpan wet wipes atau tisu basah dalam beg biar senang nak refresh diri bila banyak berpeluh.

Kekal wangi bukan tentang perfume semata-mata, tapi gabungan rutin dari scrub, lotion, body oil, body mist sampai ke perfume. Bila semua ni konsisten diamalkan, bau badan bukan je tahan lama, tapi buat awak lebih yakin, segar dan selesa sepanjang hari.

Source: