“Ini Tuduhan Tak Berasas” – Sejak Tular Muka Macam Fazura, Netizen Dakwa Wanita Tiru Cara Cakap Pula?

29 Aug 2022 • 6:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, tular di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Elle Fara yang menjadi perhatian orang ramai apabila wajahnya dikatakan mirip pelakon jelita, Nur Fazura.

Menerusi video tersebut, Elle menceritakan pengalamannya apabila sering disamakan dengan pelakon itu ketika bekerja di sebuah restoran makanan segera.

Malah, perkara itu turut dipersetujui oleh rakan-rakan sekerja dan pengurus restoran makanan segera berkenaan.

My manager cakap ‘Eh asal muka budak ni macam Fazura?‘ lepastu dia tanya dekat pekerja lain, diorang pun cakap ‘Ha’ah la macam Fazura la‘.

Sehingga kini, perkongsian video itu telah tular dan berjaya meraih 2.3M tontonan, 136.1K tanda suka, dan 7.7K komen di aplikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut mengakui bahawa wajah wanita itu memang seiras dengan Fazura. Tidak ketinggalan, pelakon jelita itu sendiri turut meninggalkan komen di ruangan video tersebut.

image is not available

Namun, ada juga segelintir netizen yang mendakwa sejak wanita itu menjadi tular, dia seakan-akan sengaja meniru cara percakapannya Fazura.

Tampil membidas dakwaan tersebut, Elle menjelasakan bahawa tuduhan itu merupakan suatu perkara yang tidak berasas kerana sesiapa sahaja yang rapat dengan dirinya pasti sudah mengenali dirinya.

My family, my friends even, my clients pun diorang tahu saya memang macam ni sejak azali lagi. So tiada isu saya meniru atau cuba imitate cara Fazura bercakap… Tak ada.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 hari lalu

"Sembang Je Kau" - Sokong Michael Ang 'Backup' Najib, Fazura Kena 'Cancel' Dengan Netizen?