'Inilah Kegunaan Aku Beli EV' - Pemilik Kereta Elektrik Kongsi Pengalaman Ketika Blackout

TechnologyCars
9 Jul 2026 • 3:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

'Inilah Kegunaan Aku Beli EV' - Pemilik Kereta Elektrik Kongsi Pengalaman Ketika Blackout

'Inilah Kegunaan Aku Beli EV' - Pemilik Kereta Elektrik Kongsi Pengalaman Ketika Blackout

Ketika ramai mengeluh berdepan gangguan bekalan elektrik, seorang pemilik kenderaan elektrik (EV) pula melihat situasi itu sebagai peluang terbaik untuk menguji satu fungsi yang selama ini dinantikan.

Menerusi satu hantaran di Threads semalam, pengguna dikenali sebagai @atilia.haripin berkongsi keterujaannya apabila berjaya menggunakan fungsi Vehicle-to-Device (V2D) pada kereta elektrik miliknya untuk membekalkan kuasa kepada peralatan elektrik ketika rumahnya bergelap.

“Inilah waktu yang aku tunggu-tunggu. Rumah tak ada elektrik, so aku boleh test power Vehicle-to-Device kereta aku.

“Inilah kegunaan aku beli kereta elektrik,” katanya.

Dalam hantaran lain, beliau turut berseloroh mengenai situasi tersebut.

“Rasa nak show off kat jiran sebelah yang rumah kita ada elektrik,” ujarnya.

Baca juga:

Menurutnya lagi, fungsi itu juga sangat berguna ketika melakukan aktiviti luar seperti berkhemah.

“Nanti camping senang bang. Pasang kipas dekat kereta,” katanya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi lucu daripada warga maya yang rata-ratanya teruja melihat keupayaan kenderaan elektrik membekalkan tenaga kepada peralatan lain.

Seorang pengguna dikenali sebagai @haikazzunia berkata dia kini mempunyai alasan baharu untuk memujuk suaminya membeli sebuah EV.

“Ok jap boleh diutarakan semula dekat laki aku kot dia benarkan. Tapi hari tu dia cakap handphone bateri pun asyik 1% lagi nak pakai EV. Kau rasa lepas tak?” katanya berseloroh.

Sementara itu, pengguna @naimaisar_ pula menyamakan kereta elektrik tersebut dengan sebuah 'power bank' bersaiz gergasi.

“Lain macam powerbank dia. Ni naik flight mesti tak lepas kan? Tak naklah beli. Saya cari 1000mAh je sebab nak bawa travel,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna, @et.hash, berkongsi pengalamannya menggunakan fungsi sama ketika berkhemah.

Menurutnya, penggunaan penghawa dingin kereta, menonton Netflix, menghidupkan dua kipas, menggunakan komputer riba dan mengecas telefon selama kira-kira sejam hanya menggunakan sekitar satu peratus kapasiti bateri.

“1% dalam masa satu jam. Saya pernah bawa pergi camping. On aircond kereta, tengok Netflix, guna elektrik untuk dua kipas, laptop, charge telefon,” jelasnya.

Perkongsian itu terus meraih perhatian warga maya dengan ramai mengakui fungsi Vehicle-to-Device menjadi antara kelebihan menarik kenderaan elektrik, khususnya ketika berdepan gangguan bekalan elektrik atau melakukan aktiviti luar seperti berkhemah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved