”Inilah Komitmen Kerajaan Madani” – Anwar Ibrahim

LocalPolitics
24 Dec 2025 • 1:34 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelaburan yang dibawa masuk oleh Kerajaan Madani bukan sekadar untuk mencantikkan angka ekonomi, sebaliknya diterjemahkan secara langsung kepada manfaat rakyat.

Menurut laporan Kosmo, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu hantaran di media sosial menegaskan bahawa setiap pelaburan yang masuk perlu memberi kesan nyata kepada kehidupan seharian rakyat.

Buka peluang kerja dan tingkat kesejahteraan hidup

image is not available

Menurut Anwar, pelaburan tersebut telah berjaya mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti, selain membantu meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan hidup rakyat.

Langkah ini dilihat sebagai usaha berterusan kerajaan dalam memastikan pembangunan ekonomi tidak hanya tertumpu kepada golongan tertentu, tetapi dirasai secara menyeluruh.

“Inilah komitmen Kerajaan Madani” – Anwar Ibrahim

image is not available

Dalam masa sama, Anwar berkata inisiatif berkenaan turut membantu membina kuasa ekonomi baharu yang lebih inklusif dan berdaya saing untuk masa depan negara.

Inilah komitmen Kerajaan Madani dalam memastikan setiap pelaburan yang masuk memberi pulangan kepada rakyat, hari ini dan masa depan negara.

Pssttt! Pembangunan sebenar bukan diukur pada jumlah pelaburan semata-mata, tetapi sejauh mana rakyat dapat menikmati hasil dan peluang yang dicipta.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post ”Inilah Komitmen Kerajaan Madani” – Anwar Ibrahim appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved