Inilah Nothing Headphone (1) Dengan Rekaan Retro Lutsinar

TechnologyDigital
20 Jun 2025 • 8:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Fon kepala pertama daripada Nothing akan dilancarkan Julai depan serentak dengan Phone (3). Hari ini dalam sebuah acara tertutup untuk peminat tegar mereka, rekaan Nothing Headphone (1) telah diperlihatkan dan ia turut menggunakan elemen lutsinar yang menjadi identiti Nothing. Gambar di bawah telah dimuat naik oleh akaun Instagram Nothing Fan Blog.

image is not available

Cawan telinga berbentuk kotak seakan fon kepala era 70an. Permukaan luar cawan telinga adalah lutsinar yang membolehkan bahagian dalaman dilihat. Ini adalah seperti Ear(1). Sekilas pandang dua elemen berbentuk bulat pada sisi cawan telinga nampak seperti sebuah kaset. Beberapa butang kawalan dalam dilihat pada sisi cawan telinga kiri.

image is not available

Tiada pad sesentuh nampaknya disertakan pada permukaan cawan seperti fon kepala Sony. Keseluruhan angkup telinga turut nampaknya diperbuat daripada plastik. Hanya sambungan antara cawan telinga dan angkup diperbuat daripada logam. Turut dapat dilihat ialah Headphone (1) akan ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan putih.