“Inilah suami saya…takut ada orang lain lupa dia suami orang” -Elfira Loy

10 Jul 2024 • 4:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

“Inilah suami saya. Sahaja bagitahu, takut ada orang lain lupa dia suami orang”

Selebriti, Elfira Loy telah berkongsi gambar berdua bersama suaminya, Faris Khairul Anuar, 32 dan meninggalkan kapsyen ringkas memberitahu bahawa jejaka berkenaan adalah pasangannya.

Sudah 5 tahun berkahwin

Menurut pemilik nama sebenar, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 30 atau mesra disapa El, ini merupakan kali pertama dia berkongsi gambar suami di platform TikTok selepas 5 tahun mendirikan rumah tangga.

image is not available

Elfira Loy kongsi gambar suami berdua

Dalam pada itu, El juga berharap agar Allah S.W.T terus merahmati kehidupan mereka dengan penuh kesabar sehingga mendapatkan Jannah bersama-sama.

image is not available

Ramai minta Elfira Loy berhati2 dengan penyondol

Perkongsian pelakon tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memberi pesan supaya selebriti itu terus berhati-hati kerana ramai ‘penyondol’ di luar sana.

Namun begitu, kebanyakan mereka mendoakan supaya perkahwinan yang dikecapi El dan Faris terus berbahagia hingga ke akhir masa.

image is not available

Sila hormat girl code ni ok!

image is not available

 

Semoga El dan pasangan bahagia hingga ke syurga

image is not available

Sekadar info, Elfira Loy telah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan muda itu pada 1 Januari 2019.

Hasil perkongsian selama lima tahun ini, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhamad Rayyan Khalaf
dan Nur Aria Mikayla.

image is not available

Baru-baru ini juga, Elfira telah berkesempatan menunaikan ibadah haji dan sempat berkongsi beberapa momen bahagiannya di Tanah Suci apabila menjadi salah seorang yang bertuah mendapat panggilan pada tahun ini.

Sumber: TikTok elfiraloy