“Inilah Suami Saya, Saja Beritahu” – Kapsyen Elfira Loy Undang Perhatian Netizen

Entertainment
10 Jul 2024 • 2:25 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tular di media sosial berhubung kapsyen di hantaran terbaru TikTok milik pelakon, Elfira Loy. Pulak dah…

Menerusi hantaran berkenaan, pelakon itu memuat naik gambar bersama suaminya, Faris dengan memakai pakaian serba putih.

Apa yang lagi mencuri tumpuan adalah gambar mereka ini adalah hantaran pertama sebagai suami isteri dimuat naik oleh Elfira di TikToknya.

Inilah suami saya. Saja beritahu, takut ada orang lain lupa dia suami orang.

Selepas lima tahun kahwin, okaylah kan nak post gambar bersama di TikTok ni.

image is not available

Sementara itu, difahamkan pelakon ini juga memohon doa agar dia dan suami diberkan kesabaran dan dikurniakan syurga kelak.

Rata-rata warganet mendoakan kebahagian rumah tangga pasangan ini di ruangan komen.

image is not available

Terdahulu, Elfira mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Faris pada tahun 2019 dan telah dikurniakan dua orang anak.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.