Inisiatif KCCI tarik belia KDMR jadi usahawan

31 May 2023 • 3:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENAMPANG: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun (KCCI) telah melancarkan inisiatif untuk menarik anak muda Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR) menjadi usahawan selepas tamat sekolah.

Inisiatif yang disasarkan kepada pelajar sekolah, khususnya di Tingkatan 5 yang akan menjadi tumpuan pertama mereka, dilancarkan minggu lalu dengan ceramah perdana keusahawanan diadakan bagi 30 pelajar dan guru Tingkatan 5 dari Sekolah Menengah (SM) St Michael, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin dan SMK Bahang di The President, Wisma KCCI, di sini.

Presiden KCCI Datuk Ladislaus Maluda berkata, inisiatif itu bertujuan untuk menyemai kesedaran keusahawanan dalam kalangan muda KDMR seawal mungkin.