Inisiatif pembangunan jagung bijian bersepadu di Sabah, Sarawak

LocalBusiness & Finance
19 Sep 2024 • 3:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

Kota Kinabalu: Mesyuarat Jawatankuasa Penstabilan Harga (JPH) di Sabah, Sarawak dan Labuan yang diadakan di sini, Selasa, bersetuju supaya inisiatif pembangunan jagung bijian secara bersepadu dilaksanakan di Sabah dan Sarawak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali (gambar) berkata, ini bagi mengurangkan kebergantungan import sumber makanan industri ternakan yang selama ini menyumbang kepada faktor kos pengeluaran dan harga bekalan tinggi di pasaran.

Beliau berkata mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu turut memutuskan supaya kerajaan Sabah dan Sarawak dilibatkan secara kolaboratif dan holistik dalam inisiatif tersebut.

“Penglibatan (kerajaan Sabah dan Sarawak) adalah melalui Jawatankuasa Industri Jagung Bijian Negara (NGCIC) yang akan dipengerusikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (Datuk Seri Mohamad Sabu),” katanya menerusi kenyataan di sini, Selasa.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Beliau berkata mesyuarat juga mengambil maklum inisiatif dan syor dikemukakan kerajaan kedua-dua negeri itu dan meminta supaya ia dijadikan rujukan dalam Kajian Penstabilan Harga Sabah, Sarawak dan Labuan serta dipertimbangkan oleh kementerian serta agensi Persekutuan berkaitan.

Armizan berkata mesyuarat turut mengambil maklum mengenai dapatan awal Kajian Penstabilan Harga di Sabah, Sarawak dan Labuan yang telah dimulakan pada Mei lepas dan dijangka selesai pada November ini, sebelum dibentangkan kepada mesyuarat jawatankuasa itu pada Disember.

“Hasil dan dapatan daripada kajian ini akan dijadikan sebagai asas pertimbangan bagi penambahbaikan inisiatif sedia ada dan cadangan inisiatif baharu pada masa akan datang berkaitan penstabilan harga di Sabah, Sarawak dan Labuan,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.