Inkues Zara Qairina: Bapa Kandung Dibenar Jadi Pihak Berkepentingan Dalam Prosiding

LocalPolitics
3 Sep 2025 • 12:23 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Allahyarham Zara Qairina memasuki fasa baharu apabila Mahkamah Koroner hari ini membenarkan bapa kandungnya, Mahathir Hashim @ Marikin, untuk menjadi pihak berkepentingan.

Bapa Zara Qairina dibenar sertai inkues

image is not available

Foto: Harian Metro

Menurut laporan Harian Metro, Hakim Mahkamah Sesyen merangkap Koroner, Amir Shah Amir Hassan, membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan lelaki berusia 44 tahun tersebut.

Keputusan berkenaan sekali gus memberi ruang kepada Mahathir untuk mengikuti rapat perjalanan prosiding melalui pasukan peguamnya.

Beliau diwakili tiga peguam iaitu Sherzali Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad yang akan memainkan peranan penting sepanjang inkues berlangsung.

image is not available

Menurut jadual, saksi pertama dijangka dipanggil memberi keterangan pada jam 2 petang ini.

Proses itu dijangka menjadi langkah awal kepada mahkamah dalam meneliti secara menyeluruh keadaan sebenar yang membawa kepada kematian kanak-kanak tersebut.