Inkues Zara Qairina: Pakar Patologi Dedah Mangsa Tidak Mungkin Terjatuh Atau Ditolak

LocalPolitics
3 Sep 2025 • 8:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia zara qairina

Hari ini telah bermula prosiding inkues kematian remaja Zara Qairina Mahathir bagi mengenal pasti punca kematiannya.

Memetik laporan Astro Awani, dalam prosiding hari ini, Pakar Patologi Forensik di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth, Dr Jessie Hiu tampil memberikan keterangannya.

Keterangan pakar

image is not available
Foto: Mohd Adam Arinin (Harian Metro)

Menurut Dr Jessie Hui, berdasarkan pemeriksaan di lokasi dan perbandingan ketinggian mangsa dengan pagar konkrit koridor, tidak mungkin mangsa terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari posisi berdiri.

Jelasnya, ketinggian palang besi mendatar pada penghadang konkrit di tingkat tiga ialah 118 cm, manakala ketinggian Zara Qairina sebelum kematiannya ialah 154 cm.

Perbezaan antara ketinggian si mati dan bahagian paling atas palang logam mendatar itu ialah 36 cm. Ketinggian palang logam terbabit melebihi tiga perempat daripada ketinggian remaja itu dan mungkin melebihi pusat graviti badannya. (Bagi wanita, pusat graviti biasanya terletak di kawasan pelvis, selalunya sedikit di bawah pusat badan ketika dalam posisi berdiri).

Beliau menambah:

Berdasarkan ukuran itu, saya berpandangan tidak mungkin si mati terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari posisi berdiri di sebelah penghadang konkrit di sepanjang koridor.

Dengan mengambil kira ketinggian dan lebar penghadang konkrit serta kedudukan palang logam, terdapat kemungkinan Zara Qairina memanjat penghadang berkenaan, melintasi palang logam dan berdiri di atasnya.

Beliau memberikan pandangan itu selepas meneliti meneliti rekod perubatan termasuk laporan sinar-X, CT (tomografi berkomputer) dan CTA scan (tomografi angiogram berkomputer), serta menjalankan pemeriksaan lokasi.

Pssttt! Inkues ini menjadi ruang penting untuk menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku. Semoga semua pihak dapat menanti keputusan dengan tenang dan keluarga Zara Qairina diberikan kekuatan sepanjang proses ini.

Kredit: Astro Awani
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.