Inkues Zara Qairina: “Ibu Arwah Luah ‘Air Mata Saya Sudah Habis’ Sepanjang Perjalanan Dari Sipitang Ke Hospital” – Ketua Warden

LocalFamily & Parenting
19 Sep 2025 • 6:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terbaru melalui laporan Harian Metro, Ketua Warden Asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Cikgu Azhari Abd Sagap, 31, mendedahkan perbualannya dengan ibu arwah, Noraidah Lamat, semasa mereka bertemu di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

“Air mata saya sudah habis..”

Menurut Azhari, ketika mereka bertemu kira-kira jam 10 pagi pada 16 Julai, Noraidah kelihatan tenang walaupun jelas sedang menanggung kesedihan.

Semasa kami bertemu Noraidah di hospital kira-kira 10 pagi pada 16 Julai lepas, beliau kelihatan tenang dan tidak menangis. Beliau berkata ‘air mata saya sudah habis’ sepanjang perjalanan dari Sipitang ke hospital.

image is not available

Dalam suasana sayu itu, Noraidah sempat berkongsi bahawa arwah Zara seorang yang ceria, suka menulis dan memiliki tiga buah diari peribadi.

Ibu minta tiga diari Zara diberikan kepadanya

Ibu arwah juga meminta agar diari-diari tersebut diserahkan kepadanya, termasuk melalui permintaan kepada beberapa warden yang lain.

image is not available

image is not available

image is not available

Namun begitu, Azhari menjelaskan bahawa semua diari itu telah pun diserahkan kepada pihak polis sebagai sebahagian daripada siasatan kes.

Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan akan disambung pada hari Isnin ini dengan kanak-kanak saksi pula dijadualkan memberi keterangan.

image is not available 2025-09-18 18:27:33

Inkues Zara Qairina: Ketua Warden Persoal Tindakan Ibu Diam Diri Ketika Arwah Mengadu Masalah Tekanan Di Asrama