Kes Zara Qairina: Pakar Tolak Kemungkinan Kematian Disebabkan Jatuh Secara Tidak Sengaja

LocalPolitics
3 Sep 2025 • 9:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terbaru mengenai kematian pelajar Tingkatan Satu di Sabah bulan Julai lalu iaitu Allahyarham Zara Qairina, pakar menolak kemungkinan bahawa arwah jatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari koridor di tingkat tiga bangunan sekolah asrama terbabit.

Menurut Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu, kemungkinan tersebut diperkatakan sewaktu memberi keterangan bertulis pada inkues kematian arwah.

Berdasarkan pemeriksaan lokasi di asrama si mati, ketinggian dari lantai ke palang besi mendatar paling atas yang dipasang pada pagar konkrit tingkat tiga ialah 118 sentimeter (cm).

image is not available

Saya dimaklumkan ketinggian antemortem si mati ialah 154 cm. Perbezaan antara ketinggian si mati dan palang besi atas ialah 36 cm yang mana ketinggian palang melebihi tiga perempat daripada tinggi si mati dan berada di atas pusat graviti badannya.

Tambahannya lagi, berdasarkan lebar dan ketinggian pagar konkrit, ketinggian palang besi mendatar dan tinggi antemortem arwah, adalah berkemungkinan beliau memanjat pagar konkrit, melintasi palang besi dan berdiri di atas pagar konkrit tersebut.

image is not available 2025-09-03 21:00:44

Hanya Ubat Anti Sawan Ditemui Dalam Tubuh Zara Qairina, Tiada Kesan Kecederaan Di Alat Sulit