KOTA KINABALU - Saksi ke-69 dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa pihaknya adalah pasukan perubatan pertama yang tiba di lokasi kejadian, asrama sebuah sekolah menengah agama di Kinarut, Papar.
Penolong Pegawai Perubatan Mohd Faiszal Md Saimi, 39, turut memaklumkan perjalanan ke lokasi lazimnya mengambil masa antara sembilan hingga 15 minit bergantung keadaan trafik selepas menerima panggilan berhubung seorang pelajar jatuh dari asrama.
"Ada dua laluan utama ke lokasi kejadian iaitu melalui Lebuhraya Pan Borneo lebih jauh dan perlu melakukan pusingan U di Kampung Kawang. Kami menggunakan Jalan Pengalat-Lok Kawi kerana lebih dekat.
"Tiada sebarang halangan yang ketara semasa perjalanan. Jalan sedikit lembab dan keadaan semasa perawat dan pemandu yang baru terjaga dari tidur memerlukan pemanduan yang lebih berhati-hati," katanya semasa memberikan keterangannya di mahkamah pada Selasa.
Beliau sebelum itu membaca jawapan yang disediakannya bagi soalan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Sofia S Sawayan dalam inkues yang berlangsung pada hari ke-65.
Ditanya lanjut adakah beliau tahu Zara Qairina dipindahkan dari lokasi asal dia ditemui, Mohd Faiszal memaklumkan bahawa ia diberitahu oleh seorang guru wanita semasa mereka dalam perjalanan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).
"Lokasi pertama mangsa ditemui adalah di lokasi lain, kemudian dipindahkan ke lokasi baharu (tepi asrama perempuan).
"Guru wanita itu menunjukkan gambar mangsa pertama kali ditemui yang diterimanya daripada pengawal keselamatan menggunakan telefon bimbit. Saya tidak mengetahui atau mengenali individu yang memindahkan mangsa," katanya.
Beliau turut memberitahu bahawa Zara Qairina yang ditemui di tepi asrama perempuan dalam keadaan terlentang dan muka menghadap ke langit.
"Salah seorang guru atau warden memberitahu nama pelajar perempuan itu selepas saya bertanya," katanya.
Sebelum itu, dalam kenyataan saksi yang dibacakan di mahkamah, beliau memaklumkan menerima panggilan beerhubung kejadian itu sekitar jam 3.23 pagi dari HQEI.
"Selepas menerima panggilan tersebut saya pun bersiap dan bergegas ke lokasi kejadian menaiki ambulan yang dipandu oleh kawan sekerja saya bernama Encik Herdie @ Reno bin Asli.
"Kami bergerak dari klinik sekitar jam 3.34 pagi. Saya dan rakan sekerja tiba di tempat kejadian sekitar jam 3.45 pagi. Setibanya saya di pintu pagar sekolah, pengawal keselamatan telah menunjukkan arah asrama perempuan. Kami bergegas ke asrama perempuan.
"Apabila tiba di kawasan asrama, saya melihat ramai guru, pelajar serta pengawal keselamatan. Saya juga melihat seorang pelajar perempuan sedang terbaring di atas lantai simen di tepi bangunan asrama. Pelajar perempuan yang terbaring tersebut memakai baju sukan sekolah berwarna putih dan berseluar panjang sukan warna hitam tanpa memakai tudung," jelasnya.
Inkues tersebut turut dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah, serta Timbalan Pendakwa Raya lain iaitu Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani dan Dacia Jane Romanus manakala Hakim Koroner ialah Amir Shah Amir Hassan.
Pasukan peguam yang terdiri daripada Shahlan Jufri, Datuk Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat.
Sementara itu, peguam bagi bapa Zara Qairina, Mahathir Mohd Hashim, ialah Sherzali Herza Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.
Turut mewakili lima remaja lain yang terlibat dalam inkues ini ialah Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan yang mewakili pelajar A, manakala peguam bagi empat lagi pelajar diwakili oleh Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Sylvester Kuan.
Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai tahun lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, di sini.
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli






