Inkues Zara Qairina: Tiada Kesan Lebam Ketika Tiba Di Hospital

LocalFamily & Parenting
9 Sep 2025 • 2:20 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tiada kesan lebam atau tanda penderaan dikesan pada tubuh Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir ketika dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada 16 Julai lalu.

Zara alami pendarahan belakang kepala

Menurut laporan Berita Harian, perkara itu disahkan pegawai perubatan bertugas, Dr Janefer Voo, 32, yang menerima mangsa pada jam 4.38 pagi dalam keadaan tidak sedarkan diri.

image is not available

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami bengkak serta pendarahan di bahagian belakang kepala, patah tertutup pada pergelangan tangan kiri, patah terbuka pada pergelangan kaki kiri serta patah tertutup pada pergelangan kaki kanan.

“Selepas pemeriksaan, Trauma Alert diaktifkan pada jam 4.42 pagi bagi membolehkan pesakit dirujuk segera kepada pasukan Neurosurgeri, Ortopedik, Pembedahan dan Anestesiologi.

“Berdasarkan penilaian saya, pesakit disyaki mengalami kecederaan otak trauma yang serius, patah pada kedua-dua pergelangan kaki serta tangan kiri, selain pendarahan dalaman akibat trauma impak tinggi,” katanya.

Tambah beliau, tekanan darah Zara ketika itu terlalu rendah, dipercayai berpunca daripada kecederaan dalaman yang menyebabkan pendarahan serius.

image is not available

Dr Voo memaklumkan, selepas proses resusutasi dan pengimejan dilakukan, pesakit disahkan mengalami pendarahan dalam otak, patah terbuka pada pergelangan kaki kiri dan tumit kiri, patah tertutup pada lengan kiri dan kaki kanan, patah tulang lumbar vertebrae 2,3 dan 4, selain pembekuan darah pada tulang pelvis dan otot psoas kiri.

Beliau yang meupakan pegawai perubatan pelatih dari Hospital Universiti Malaysia Sabah, (UMS), kini ditempatkan di HQE.

Sumber: Berita Harian (Olivia Miwil dan Ersie Anjumin)