
ASICS dengan bangga memperkenalkan kasut GEL-NIMBUS 27, evolusi terkini kasut larian direka untuk meningkatkan keselesaan dan prestasi pelari.
Kusyen tambahan 2mm FF BLAST PLUS ECO dibuat daripada kira-kira 24% kandungan berasaskan bio pada tapak kasut meningkatkan keselesaan tanpa menambah berat pada kasut.

Kasut GEL-NIMBUS 27 juga menggunakan teknologi PureGEL khas ASICS di bahagian belakang kaki, bahan yang lebih ringan dan kira-kira 65% lebih lembut berbanding teknologi GEL konvensional, memberikan pendaratan yang lebih lembut. HYBRID ASICSGRIP outsole, kombinasi strategik ASICSGRIP dan getah AHARPLUS, menawarkan cengkaman, kelembutan, dan ketahanan luar biasa, memastikan setiap langkah anda selesa.
Laura Bolgen, Pengurus Kanan Produk Global di ASICS berkata, “GEL-NIMBUS 27 adalah kasut yang sangat selesa direka untuk menenangkan badan dan minda pelari dengan kusyen seperti awan yang mampu bertahan jauh. Pelari akan mengalami tahap keselesaan yang belum pernah terjadi sebelumnya. Saya yakin kasut GEL-NIMBUS 27 menawarkan pengalaman larian paling selesa yang pernah kami hasilkan.”
Berharga dari RM 729, GEL-NIMBUS 27 akan tersedia mulai 24 Januari 2025 di semua butik ASICS dan ASICS.COM.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati:
Laman Web: ASICS.COM
Facebook: ASICS
Instagram: @asicsmalaysia
The post Inovasi Kusyen Baharu ASICS: GEL-NIMBUS™ 27 Kini di Pasaran appeared first on Siakap Keli.
