
Jomlah beraya bersama Levi's®. Sempena musim perayaan kali ini Levi's® tidak mahu ketinggalan meraikan kemeriahan Syawal dengan menampilkan koleksi pakaian istimewa untuk digayakan oleh mereka yang mementingkan gaya dan keselesaan.
Mengambil inspirasi daripada kemeriahan sambutan perayaan yang ceria bertenaga, koleksi baharu ini mengembalikan semula gaya klasik bersama sentuhan moden, menawarkan rasa ringan dan selesa yang sesuai untuk apa jua sambutan perayaan.

Koleksi perayaan yang menampilkan fabrik linen dan denim ini adalah inovasi perintis Levi's® yang diperbuat daripada denim regangan ringan dan gabungan linen premium yang direka untuk memastikan si pemakai berasa selesa sepanjang masa, walau di mana juga berada!
Dikenali dengan keupayaannya yang boleh bernafas dan material lebih ringan, linen sejak dulu menjadi pilihan utama bagi padanan musim panas.
Rahsianya terletak pada serat semula jadi dengan anyaman lebih luas, sekali gus membolehkan pengaliran udara yang lebih baik, membantu mengurangkan haba terperangkap dan memastikan anda kekal selesa dan sejuk.
Hasilnya, corak bersilang atau cross hatch memberikan gaya kontras dengan kemasan seakan marmar pada denim biasa, sambil menawarkan drep yang lebih lembut serta beralun, seperti yg dapat dilihat melalui potongan XL Straight Linen+ dan 568 Loose Straight Linen+.

Linen+ Denim ini juga lebih ringan berbanding denim tradisional, lalu menjadikannya pilihan terbaik untuk keselesaan maksimum terutamanya kala suhu cuaca meningkat.
Bagi Levi’s®, ia bukan sekadar tampil bergaya, tetapi ia terarah kepada peningkatkan gaya denim dengan sentuhan unik. Sementara linen, dengan teksturnya yang tersendiri dan drep semula jadi, menambahkan lagi dimensi segar pada denim klasik Levi’s®.
Koleksi perayaan ini menampilkan himpunan menarik helaian klasik Levi’s®, semuanya direka dengan gabungan menarik linen bersama denim.
Tampil Sopan Dengan Blaus Gina, Gaun Maksi Marla Airy

Untuk wanita, siluet santai dan potongan yang menarik dipersembahkan, yang direka khas untuk setiap kunjungan pertemuan hari raya. Blaus Gina, Gaun Maksi Marla Airy serta Kardigan Snowflake memastikan anda kekal selesa.

Seluar wanita, antaranya jeans Cinch Baggy, Jeans 318 Shaping Wide-Leg, dan Jeans 90s Straight pula menawarkan gaya santai yang sesuai untuk melangkah walau ke mana Sahaja.
Variasi Segar Untuk Lelaki
Seterusnya untuk lelaki, koleksi ini menampilkan pelbagai jenis jeans, termasuk 555™ Relaxed Straight, dan 468 Loose Shorts dalam rona gelap serta sederhana, di samping warna ecru semula jadi.

Melengkapkan lagi padanan ini adalah seluar XX Chino Authentic Relaxed dan Parachute Cargo II, sekali gus menyuntik variasi segar dalam himpunan ini.
Gaya perayaan yang dipertingkatkan ini boleh disuai padan dengan helaian bahagian atas seperti The Pocket Shirts, Jaket Full Zip Mechanics, kemeja berbutang, kemeja lengan pendek berkolar dan baju panas polo.

Koleksi Raya 2025 Levi's® ini boleh didapati di semua butik Levi's® seluruh negara dan di https://levi.com.my/collections/raya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://levi.com.my/collections/linenplus-denim. - Getaran, 12 April 2025
Foto : Levi's®



