Insentif tunai RM481,600 untuk atlet

29 Oct 2022 • 12:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sejumlah RM481,600 diberikan sebagai insentif tunai kepada atlet negeri yang memenangi pingat dalam Sukan Komanwel dan Sukan Para Asean tahun ini serta Sukan Malaysia (Sukma) baru-baru ini semasa majlis penyampaian yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, Khamis malam.

Kontinjen balapan dan padang negeri merupakan penerima terbesar pada malam itu dengan ganjaran RM74,600 selepas memenangi tujuh emas, lapan perak dan tiga gangsa dalam Sukma.

Di tempat kedua ialah pasukan sukan akuatik dengan RM51,200 selepas menyumbang enam emas, dua perak dan lima gangsa dalam temasya dwitahunan itu dan pasukan Karate mendapat tempat ketiga untuk menmbawa pulang RM38,400 daripada tiga emas, dua perak dan tujuh gangsa yang mereka menangi.