Demi membayar hutang saman RM75,000 kepada kakak ipar, pelawak Ali Puteh nekad menjual beberapa aset miliknya kepada orang awam.
Dalam hantaran di akaun Instagram seorang individu yang dipercayai rakan kepada Ali, iaitu Pojie, menunjukkan momen terakhir Ali bersama beberapa trofi yang pernah dimenangi dalam program TV.
Tidak terkecuali, motosikal jenis Yamaha RXZ milik Ali juga berjaya dijual.
“Sayang memang sayang. Terjual semua piala kenangan (program lawak). Insha-Allah ada rezeki lain menanti Ali Puteh dan isteri, Melati Fitri,” kata Pojie.



Yang paling menyedihkan, Honda Accord milik Melati juga terpaksa dilepaskan kepada pemilik barunya yang datang dari Johor Bahru.
Dalam video yang dikongsikan, Melati tidak dapat menahan sebak yang kemudian ditenangkan oleh Ali. Momen itu mengundang rasa simpati ramai.
Honda Accord SOLD✅ TQ hamba Allah ni dari JB … sangat mudah berurusan Moga ada rezeki lain @aliputeh @ i am MeL #sold #hondaaccord #honda
“Biarlah habis harta untuk membayar hutang, daripada banyak harta tetapi hutang tidak dibayar. Sebab hutang ni wajib dibayar. Semoga ada rezeki yang baik selepas ini,” kata netizen.
“Tak apa, selesaikan yang ini dulu. Lepas tu mulakan hidup baru. Insha-Allah nanti ada rezeki lain. Lapangkan hati kerana Allah sebaik-baiknya perancang,” tambah netizen lain.
Sebelum ini, Ali meluahkan rasa terkilannya di mana anaknya turut menerima tempias daripada isu hutang RM75,000 hingga diejek oleh rakan di sekolah, “Bapak kau makan harta anak yatim”.
The post ‘Insha-Allah ada rezeki lain menanti’ – Ali Puteh jual trofi, RXZ & Honda Accord untuk lunas hutang RM75,000 appeared first on The Reporter.

![Isteri Ali Puteh Menangis Jual Kereta Honda Accord Buat Ramai Sebak [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)