“SOLD” – Isteri Ali Puteh Menangis Kereta Honda Dijual Untuk Bayar Hutang

Entertainment
14 Feb 2024 • 1:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nampaknya, pelawak Ali Puteh dilihat sedang berusaha melunaskan hutang saman kepada kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali susulan video dan gambar dia menjual beberapa aset.

Menerusi video akaun TikTok rakannya, @pojie.pidon merakam momen Ali Puteh melepaskan kereta Honda dengan rasa sebak sehingga isterinya, Melati Fitri Abdullah menitiskan air mata.

“Honda Accord SOLD. Terima kasih hamba Allah ini datang dari Johor Bahru. Sangat mudah berurusan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dapat dilihat, Ali kemudian memeluk isterinya yang tidak mampu menahan sebak melepaskan kereta kesayangan mereka.

@pojie.pidon

Honda Accord SOLD TQ hamba Allah ni dari JB … sangat mudah berurusan Moga ada rezeki lain @aliputeh @ i am MeL #sold #hondaaccord #honda

♬ bunyi asal – hilang – hilang

Selain kereta, Ali juga sudah pun menjual sebuah motosikal RXZ dan beberapa trofi kemenangan siri program realiti lawak Malaysia.

Antara yang kelihatan adalah trofi Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar, trofi Projek Komedi Warna dan satu lagi pertandingan lawak.

Rakannya memberitahu, agak sayang untuk menjual semua piala kemenangan itu namun berharap ada rezeki lain yang terbuka untuk Ali Puteh dan isterinya.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, netizen tumpang sedih melihat situasi yang dihadapi Ali dan memuji tindakannya yang berusaha melunaskan hutang dengan pelbagai cara.

image is not available image is not available

Terdahulu, Ali meluahkan rasa kesal apabila anaknya turut menjadi mangsa kecaman netizen susulan kemelut dirinya dengan Nor Hidayah.

Dia menempelak segelintir individu yang sewenang-wenangnya menuduh dirinya makan duit anak yatim.

Sumber: TikTok, Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.