Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tidak jelas telah menyukarkan pihak polis mengenal pasti suspek yang terlibat dalam insiden membabitkan anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada 13 Ogos lalu.
Menurut laporan Malaysia Gazette, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail memberitahu pihaknya telah mengesan beberapa individu menerusi rakaman tersebut namun, identiti mereka tidak dapat disahkan.
Identiti suspek sukar dikenal pasti

“Kita sedia maklum bahawa ada beberapa individu yang kita kenal pasti melalui rakaman, tetapi rakaman itu tidak nampak begitu jelas dan tidak dapat dikenali individu berkenaan,” katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.
Sementara itu, beliau turut berkata pihaknya masih menunggu perkembangan daripada pihak hospital berkaitan kandungan cecair yang disuntik pada tubuh anak Ahli Parlimen Pandan itu.
“Siasatan cecair bahan kimia dibuat oleh pihak hospital, jadi kita mengesan tentang pergerakan itu (tunggu perkembangan itu),” katanya.
Identiti suspek sukar dikenal pasti

Terdahulu, Rafizi mendakwa anaknya telah diserang secara fizikal oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada 13 Ogos lalu.
Katanya, kejadian itu berlaku sekitar jam 1.45 petang ketika anak dan isterinya baru memasuki kereta untuk beredar dari lokasi tersebut dan anaknya ditarik secara tiba-tiba serta dicucuk dengan jarum suntikan.
Sumber: Malaysia Gazette (Shawaliah Hadir)
The post Insiden Anak Rafizi : KPN Dedah Identiti Suspek Sukar Dikenal Pasti, CCTV Tak Jelas appeared first on Borak Daily.
