
Kota Kinabalu: Kes baru-baru ini membabitkan seorang pakar perubatan berusia 30 tahun yang membunuh diri di Lahad Datu, merupakan suatu amaran bahawa isu kemurungan dan kesihatan mental tidak boleh dipandang ringan.
Perubatan holistik seharusnya merangkumi aspek mental yang tidak boleh dilihat secara fizikal, kata Presiden Persatuan Perubatan Sabah (SMA), Datuk Dr Christina Rundi.
“Apabila kita ingin mengetahui berapa ramai yang telah membunuh diri di Sabah, tiada data tersedia. Ada keluarga yang mungkin enggan melaporkan kes bunuh diri,” katanya.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Dr Rundi menarik perhatian kepada doktor dengan beban kerja berlebihan dan mengalami keletihan melampau (burnout) sehingga menjejaskan kesihatan mental.
Beliau dan Pakar Ginekologi dan Obstetrik, Dr Felice Huang, merupakan rakan doktor pelatih di Hospital Queen Elizabeth pada awal kerjaya mereka dan mengimbas kembali layanan baik yang diberikan oleh jururawat ketika itu – sesuatu yang mungkin tidak berlaku hari ini.
Beliau juga mengenang satu kes baru-baru ini melibatkan seorang pelajar berusia 16 tahun yang jatuh atau terjun dari bangunan tinggi, mengatakan alangkah baiknya jika waktu itu terdapat perkhidmatan kaunseling yang boleh dihubungi oleh pelajar tersebut untuk mendapatkan bantuan.
Dr Rundi khuatir mengenai trend membimbangkan dalam Tinjauan Kesihatan Remaja 2022 – melibatkan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Malaysia.
“Sebanyak 280 sekolah dari seluruh negara dipilih untuk menyertai tinjauan tersebut, dan 16 daripadanya adalah dari Sabah, melibatkan kira-kira 2,342 pelajar yang memberikan maklum balas mengenai tingkah laku berisiko terhadap kesihatan, termasuk rasa kesunyian, sukar tidur akibat kebimbangan, pemikiran ingin bunuh diri, perancangan bunuh diri, cubaan bunuh diri, serta kemurungan.
“Sebanyak 20 peratus melaporkan berasa sunyi, 15 peratus mengalami gangguan tidur akibat kebimbangan. 15 peratus pernah memikirkan untuk membunuh diri, 10 peratus pernah cuba membunuh diri, manakala 30 peratus mengalami kemurungan.”
Statistik dari Sabah menunjukkan peratusan yang lebih tinggi berbanding purata nasional. Kemurungan merupakan masalah kesihatan mental yang biasa dalam kalangan remaja di seluruh dunia. Ia boleh muncul melalui simptom seperti kesedihan, rasa bersalah, harga diri rendah, ketiadaan kebahagiaan dan ketidakpuasan terhadap persekitaran mereka.
Kemurungan juga boleh menyebabkan masalah seperti gangguan tidur, hilang selera makan, kurang tenaga dan mudah berputus asa, sekali gus membawa kepada pemikiran untuk membunuh diri.


