‘Ni depan rumah orang bang!’ – Wanita tegur jiran selamba parkir depan rumah

29 Apr 2025 • 9:06 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Hidup berjiran menuntut sikap bertoleransi, saling menghormati dan memahami keperluan sesama tetangga. Hal kecil seperti tempat parkir boleh menjadi punca salah faham jika tidak ada sikap bertolak ansur.

Begitulah yang berlaku dalam satu kejadian baru-baru ini, apabila tindakan seorang jiran yang enggan meletakkan kenderaannya di hadapan rumah sendiri mencetuskan ketegangan sesama jiran.

@khcirin

Bukan pertama kali terjadi…Bila anak beranak jiran lain balik sampai takde parking. Sebab insan ni nak sangat park depan rumah jiran lain. Taktahulah nak cakap macam mana, jumpa jiran yang tak boleh lebih kurang ni susah betul kan #fyp #ragamjiran

♬ original sound – Khairin Nabilah – Khairin Nabilah

Menerusi satu video TikTok yang dikongsikan ke platform X, seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati apabila jirannya itu memilih untuk meletakkan kereta di hadapan rumahnya, sedangkan kawasan di depan rumah lelaki berkenaan kosong.

Wanita itu bertindak meninggalkan sekeping nota di atas cermin kereta lelaki berkenaan yang berbunyi “depan rumah sendiri nak lapang, nak juga park depan rumah orang. kita hidup berjiran.”

Bersemuka dengan jiran

Dalam video susulan, wanita berkenaan dilihat bersemuka dengan lelaki itu ketika dia sedang membuang sampah. Wanita tersebut mempersoalkan tindakan lelaki itu yang tidak meletakkan keretanya di hadapan rumahnya sendiri.

https://www.tiktok.com/@khcirin/video/7498402706545986824

Namun, lelaki berkenaan mempertahankan tindakan dengan alasan rumah corner lot seperti miliknya memang kebiasaannya parkir di bahagian tepi, walhal pada hakikatnya parkir tersebut berada di hadapan rumah jiran lain.

Wanita itu dengan tegas membalas, “depan rumah abang kan kosong, tak boleh mengalah ke bang?” sambil menyuarakan kebimbangan bahawa jika jiran asal pulang ke rumah, mereka tidak akan dapat parkir di hadapan rumah mereka sendiri.

Namun, lelaki itu tetap berkeras, mendakwa bahawa dia sudah lama meletakkan kenderaan disitu tanpa masalah, dan mempertikaikan mengapa baru kini isu parkir tersebut menjadi isu.

Netizen berkongsi cerita

Insiden ini mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan ramai yang mengecam sikap mementingkan diri lelaki berkenaan. Ramai juga berkongsikan pengalaman mereka berhadapan dengan jiran yang bersikapi sedemikian.

Ramai bersetuju bahawa soal tempat parkir di kawasan perumahan terutamanya melibatkan rumah corner lot, perlu diselesaikan dengan saling bertolak ansur agar dpat menjaga hubungan baik sesama jiran.