Insiden Halloween Itaewon, Pengunjung Dakwa Lelaki Telinga Arnab Punca Rempuhan Berlaku

3 Nov 2022 • 11:27 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sikap tak bertanggungjawab memakan diri

Insiden Halloween Itaewon, Pengunjung Dakwa Lelaki Telinga Arnab Punca Rempuhan Berlaku. Selepas berlakunya tragedi rempuhan pesta Halloween di Itaewon, sejumlah pengunjung mendakwa seorang lelaki memakai kostum telinga arnab bersama rakannya adalah dalang sebalik kejadian tersebut.

Lapor media, lelaki itu dan rakannya didakwa ‘menggalakkan orang ramai saling tolak menolak antara satu sama lain sehingga berlaku rempuhan.

Akibat daripada kejadian itu, berlaku kematian sehingga mencatatkan angka yang tinggi kepada 156 orang, 29 cedera parah dan 350 diletakkan di bawah ketegori individu hilang.

image is not available
Insiden Halloween Itaewon, Pengunjung Dakwa Lelaki Telinga Arnab Punca Rempuhan Berlaku

Pihak berkuasa giat menyiasat

Sehingga kini, Polis Korea Selata masih belum dapat kenal pasti punca kejadian, serta mengakui kelewatan dan tindakan kurang cekap pasukan keselamatan menyebabkan insiden menjadi serius.

Selain itu, beberapa media melaporkan kejadian berlaku apabila orang ramai cuma memasuki sebuah bar yang dikunjungi selebriti terkenal.

Portal berita Chosun melaporkan, pihak berkuasa giat memburu lelaki bertelinga arnab itu bagi membantu siasatan.

image is not available
156 Maut, Sambutan Halloween Bertukar Tragedi Di Seoul, Korea. Sumber gambar; FB Alfren Loyola

Menerusi sosial media, seorang pengunjung menceritakan lelaki bertelinga arnab dalam lingkungan usia 20-an berdiri di belakangnya menjeri ‘Tolak! Tolak!’ sebelum menolaknya jatuh ke lantai.

Saksi lain juga turut menceritakan hal sama tentang lelaki berkenaan dan mereka dakwa lima hingga enam rakannya bantu tolak orang ramai sehingga berlaku kekecohan.

Sebanyak 52 kamera litar tertutup (CCTV) diperiksa oleh pihak berkuasa di sekitar lokasi kejadian, termasuk video yang dikongsi dalam media sosial bagi kenal pasti punca kejadian.