Lelaki Bertelinga Arnab Jadi Punca Insiden Holloween Berdarah Itaewon, Diburu Polis!

3 Nov 2022 • 4:16 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Sebilangan individu yang terselamat dalam insiden rempuhan di Itaewon, Korea Selatan mendakwa bahawa seorang lelaki memakai kostum ‘telinga arnab’ dan beberapa rakannya bertanggungjawab memulakan aksi tolak-menolak sehingga membuatkan orang ramai jatuh, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

image is not available

Seorang pengunjung menerusi hantaran di laman media sosial berkata, seorang lelaki berumur sekitar 20-an berdiri di belakangnya dan menjerit: “Tolak! Tolak!”

Lelaki tersebut kemudian menolak individu berkenaan yang menyebabkan dia jatuh di atas jalan.

Dakwaan tersebut turut disokong beberapa pengunjung lain yang menyatakan bahawa lelaki memakai kostum telinga arnab dan sekumpulan individu yang terdiri daripada lima hingga enam lelaki menolak orang lain dengan sengaja.

Susulan dakwaan-dakwaan tersebut, pegawai berkata, pihak berkuasa kini sedang memeriksa 52 kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian serta menyiasat video-video yang dikongsikan di media sosial selain menyoal saksi dan mangsa sebelum menentukan punca kejadian.

Ketua Polis Korea Selatan, turut memohon maaf atas tragedi yang berlaku