Presiden Iran Ebrahim Raisi dilaporkan meninggal dunia selepas helikopter dinaiki beliau terhempas di kawasan pergunungan di barat laut Iran. Memetik laporan CNN World, perkara itu disahkan oleh agensi berita Iran, IRINN dan Mehr News, menyatakan bahawa tiada mangsa yang terselamat ditemui di lokasi nahas helikopter itu. Dalam pada itu, laporan Reuters menjelaskan, seorang pegawai kerajaan Iran memaklumkan bahawa helikopter yang hilang itu ditemui ‘terbakar sepenuhnya’. Ketua Bulan Sabit Merah Iran berkata, helikopter membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi, telah ditemui tetapi keadaannya ‘tidak baik’. 
“Helikopter itu telah ditemui. Sekarang, kami bergerak ke arah helikopter,” jelas Pirhossein Koolivand selaku Ketua Bulan Sabit Merah Iran.

Foto: IRIIN
The post Insiden Helikopter Terhempas, Ebrahim Raisi Dan Semua Penumpang Dilaporkan Maut appeared first on Borak Daily.
