Insiden Kepala Air, 15 Orang Dikhuatiri Terperangkap Di Risda Eco Park

LocalEnvironment
23 Aug 2024 • 10:18 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Insiden Kepala Air, 15 Orang Dikhuatiri Terperangkap Di Risda Eco Park

Sekurang-kurangnya 15 individu dikhuatiri terperangkap di Risda Eco Park, di Ulu Slim River, Perak.

Menurut Astro Awani, kejadian berkenaan dipercayai berlaku kira-kira 6 petang, pada Jumaat.

Insiden kepala air dan pokok tumbang yang berlaku dipercayai menyebabkan semua mangsa tidak dapat keluar dari kawasan itu bagi menyelamatkan diri.

Dalam pada itu, Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Slim River berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan diterima pada jam 6.50 petang hari ini.

Kepala air, 15 orang dipercayai terperangkap di Risda Eco Park

Berdasarkan maklumat awal, jurucakap berkenaan memaklumkan semua mangsa dikatakan berkhemah di kawasan itu.

Sepasukan pegawai dan anggota bomba kemudian telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi melaksanakan operasi menyelamat.

Menurut Astro Awani lagi, operasi menyelamat masih dijalankan setakat ini.

Operasi menyelamat masih dijalankan oleh pihak bomba

Dalam pada itu, beberapa rakaman dipercayai kejadian kepala air di kawasan itu turut menjadi tular di media sosial. Antaranya video-video yang dimuat naik menerusi kumpulan Facebook, Family Camping Malaysia.

Meninjau ke ruang komen pada hantaran video berkenaan, beberapa ahli kumpulan itu turut mendakwa ada ahli keluarga mereka antara yang menjadi mangsa dan terperangkap di sana.

Sumber: Astro Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved