Insiden letupan penyaman udara: KPT pandang serius, arah universiti buat pemeriksaan keselamatan segera

LocalPolitics
12 Jan 2026 • 8:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan universiti terlibat dengan insiden letupan pagi tadi untuk menjalankan pemeriksaan keselamatan segera ke atas semua kemudahan kampus.

Menurut KPT, pusat pengajian tinggi swasta itu perlu memastikan kawasan terjejas disahkan selamat oleh pihak berkuasa sebelum digunakan.

Universiti juga diminta menyediakan sokongan kebajikan termasuk perubatan dan psikososial kepada semua mangsa.

image is not available

image is not available

“KPT memandang serius insiden ini. Pihak universiti diarahkan memastikan keselamatan kampus dan memberi sokongan kepada semua mangsa,” kata kementerian itu dalam kenyataan hari ini.

image is not available

Artikel lain: KPT sokong inisiatif PM Anwar, salur bantuan kepada pelajar terkesan bencana di Aceh

KPT pandang serius isu keselamatan institusi pendidikan tinggi

Dalam pada itu, KPT turut menegaskan komitmen berterusan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga pendidikan tinggi melalui pematuhan standard keselamatan, penyelenggaraan berkala, dan kerjasama dengan agensi berkaitan.

image is not available

Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan lanjut, dan sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“KPT akan terus memantau perkembangan insiden ini.
“Kami juga merakamkan takziah kepada keluarga seorang mangsa yang maut serta sembilan lagi cedera, termasuk empat pelajar,” tambah kenyataan itu.