Insiden Penjaja Belon Di Jalan TAR: Polis Rakam Keterangan 5 Saksi

LocalPolitics
30 Mar 2025 • 2:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Susulan kekecohan insiden pergelutan yang melibatkan penjaja belon dan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan telah mengambil keterangan lima orang saksi kejadian berkenaan untuk membantu siasatan kes tersebut.

image is not available

Menurut laporan Kosmo, pihak polis juga sedang dalam proses meneliti rakaman CCTV berhubung kejadian itu.

Walau bagaimanapun, hanya keterangan saksi sahaja yang diambil buat masa ini dan setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat.

Selain itu, difahamkan, keluarga peniaga belon tersebut juga telah membuat laporan polis tentang insiden pergelutan di Jalan TAR itu.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu berkait dengan menghalang penjawat awam melakukan tugas.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.