Insiden Penumpang Terjatuh Ke Landasan Di Stesen Hang Tuah - Rapid KL

1 Jul 2026 • 9:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Insiden Penumpang Terjatuh Ke Landasan Di Stesen Hang Tuah - Rapid KL

Insiden Penumpang Terjatuh Ke Landasan Di Stesen Hang Tuah - Rapid KL

Seorang penumpang dipercayai pitam sebelum hilang imbangan badan dan terjatuh ke landasan di Stesen Hang Tuah, Laluan Ampang/Sri Petaling, petang tadi.

Menurut kenyataan Rapid KL, insiden itu berlaku pada kira-kira jam 6.36 petang.

Sejurus kejadian, anggota Polis Bantuan yang sedang bertugas di platform bertindak pantas memberikan bantuan awal kepada mangsa.

Baca juga:

Pada masa sama, bekalan kuasa ke landasan dihentikan sementara sebagai langkah keselamatan bagi membolehkan pasukan operasi menjalankan kerja-kerja menyelamat.

Rapid KL memaklumkan, penumpang terbabit berjaya dibawa keluar dari kawasan landasan dengan selamat sebelum diberikan rawatan awal di bilik kecemasan stesen.

Selepas pemeriksaan keselamatan selesai dijalankan dan landasan disahkan selamat untuk digunakan, perkhidmatan tren di Laluan Ampang/Sri Petaling kembali beroperasi seperti biasa pada jam 6.52 petang.

Keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan

Dalam kenyataan sama, Rapid KL menegaskan bahawa keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan syarikat.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi arahan keselamatan di stesen, termasuk berdiri di belakang garisan keselamatan ketika menunggu tren serta tidak memasuki kawasan landasan.

Rapid KL turut menasihatkan penumpang yang berasa kurang sihat, pening atau tidak selesa ketika berada di stesen agar segera mendapatkan bantuan daripada petugas stesen atau anggota Polis Bantuan yang bertugas supaya tindakan segera dapat diambil.

--

Image from: Insiden Penumpang Terjatuh Ke Landasan Di Stesen Hang Tuah - Rapid KL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved