Insiden Putra Heights: RM40 Juta Diperuntukkan Untuk Baik Pulih Kediaman Terjejas

30 Apr 2025 • 2:49 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Insiden Putra Heights

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan sejumlah RM40 diperuntukkan bagi kerja-kerja membaik pulih kediaman terjejas akibat kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, pada awal bulan ini.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata hasil peruntukan tersebut adalah daripada peruntukan Persekutuan dan sumbangan awam yang prihatin terhadap nasib mangsa kejadian.

Insiden Putra Heights

image is not available

Sumber gambar: Bernama

Beliau berkata kerja-kerja baik pulih bagi kediaman di sekitar Putra Heights akan dilaksana Sime Darby selaku pemaju kawasan perumahan itu manakala di Kampung Sungai Baru oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

“Proses baik pulih kediaman itu akan kita beri tumpuan kepada aspek kemudahan asas seperti pendawaian elektrik.

“Bagi kerosakan kecil di bawah RM30,000, pemilik kediaman boleh melakukan kerja-kerja pembaikan kediaman mereka sendiri seterusnya buat tuntutan semula kepada PBT (pihak berkuasa tempatan),” katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam hari ini.

Insiden Putra Heights

image is not available

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Lmbaga Zakat Selangor (LZS), Mohd Khaidzir Shahari memberitahu pihaknya telah menghulurkan bantuan awal berjumlah RM500 kepada mangsa terjejas.

Bagaimanapun, ada segelintir mereka enggan untuk menerima bantuan itu atas alasan mereka adalah pembayar zakat.

Sumber: Bernama