Insiden Putra Heights: Selamatkan Mangsa, Lelaki Warga Pakistan Terima Penghargaan Jenama Tekstil Terkemuka

9 Apr 2025 • 5:28 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Lima lelaki warga Pakistan terima penghargaan daripada jenama tekstil terkemuka tempatan, Alfaro susulan tindakan berani mereka menyeberangi sungai untuk membantu mangsa-mangsa letupan saluran gas di Putra Heights.

Menerusi hantaran dikongsikan di platform rasmi TikTok Alfaro Malaysia, jelas memperlihatkan kesemua wira atau unsung hero itu sedang bersalaman dan menerima sedikit imbuhan sebagai tanda penghargaan daripada pihak pengurusan.

image is not available

Lelaki Warga Pakistan Terima Penghargaan

image is not available

image is not available

image is not available

Sementara itu, penyampai radio DJ Sonic atau nama sebenarnya Awang Suffian Awang Hussein turut berkongsi dan berterima kasih kepada pihak pengurusan jenama berkenaan kerana sudi menyampaikan penghargaan kepada mereka.

Katanya, tindakan berani ini tidak hanya memaparkan semangat kemanusiaan yang tinggi, tetapi juga mengingatkan kita bahawa kebaikan tiada sempadan.

Walaupun tiada sebarang pengiktirafan formal diberikan kepada mereka yang terlibat, ramai yang memuji sikap mulia mereka.

“Keberanian mereka yang tidak mengira bangsa, agama, atau asal usul, menunjukkan bahawa dalam situasi kecemasan, kemanusiaan seharusnya menjadi keutamaan. Mereka adalah wira tanpa nama yang telah menyelamatkan banyak nyawa,” katanya.

image is not available

Terdahulu, lima warga Pakistan bersama seorang lelaki tempatan bertindak berani dengan terjun ke sungai untuk menyelamatkan kira-kira 30 penduduk Kampung Tengah yang terperangkap akibat insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.

Kongsi penduduk Kampung Sri Aman, Ahmad Syawal Hassan, 39, dia mendengar jeritan mangsa yang mendukung anak sambil cuba menyeberangi sungai kerana bahang api yang terlalu panas.

image is not available

Beliau kemudian meminta bantuan warga Pakistan yang berada berdekatan untuk membantu menyelamatkan mangsa.

Lima warga Pakistan tersebut mendukung kanak-kanak sambil berenang menyeberangi sungai menuju ke Kampung Sri Aman untuk keselamatan.