Insiden Roblox: Aqil Zulkiflee Kecewa Dipersalahkan- “Yang Buruk Semua Kita, Ibu Bapa Tak Pernah Salah…”

LocalFamily & Parenting
29 Oct 2025 • 3:44 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pempengaruh media sosial dan YouTuber terkenal, Aqil Zulkiflee, tampil bersuara selepas namanya sekali lagi dikaitkan oleh segelintir warganet.

Kali ini, ia berhubung insiden tular seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera dikelar abangnya yang berusia sembilan tahun di Batu Pahat, baru-baru ini.

image is not available

Aqil Zulkiflee Kecewa Dipersalahkan

Aqil yang dikenali dengan kandungan bertemakan hiburan dan didikan untuk kanak-kanak berkata, tuduhan itu tidak adil dan menzahirkan rasa kesal apabila dirinya terus dijadikan sasaran setiap kali berlaku kejadian melibatkan kanak-kanak dan permainan dalam talian.

Menerusi hantaran di platform Threads, Aqil menegaskan dirinya sering dijadikan sasaran setiap kali berlaku insiden melibatkan kanak-kanak dan permainan dalam talian.

image is not available

“Iyalah, yang buruk semua kita (Aqil). Ibu bapa tak pernah salah. Yang buruk semua kita.
“Ibu bapa tak pernah salah. Dalam video Roblox ada kita berzikir, suruh budak-budak solat, suruh dengar cakap ibu bapa, tak ada pula nak viralkan. Yang buruk-buruk jela ye sebarkan.
“Dulu bila kita cakap ibu bapa pun kena main peranan kawal anak, habis masuk berita online ‘Aqil Zulkiflee biadab sound mak bapak’, cakap kau bukan sesiapa kalau bukan anak aku tengok video kau.

 

“Tu belum cerita orang datang booth kita meniaga, suruh jaga anak dia. Hmm apalah nasib,” tulisnya.

Kenyataan itu meraih perhatian ramai yang memahami luahan Aqil, apatah lagi namanya kerap dikaitkan setiap kali muncul kes melibatkan pengaruh permainan atau kandungan digital terhadap kanak-kanak.

image is not available image is not available

image is not available

image is not availableimage is not available

Terdahulu, media melaporkan polis tidak menolak kemungkinan insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera dikelar di leher mempunyai kaitan dengan pengaruh permainan dalam talian.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata kejadian itu berlaku di Kampung Parit Nipah Laut, Parit Raja apabila mangsa ditemui dengan kesan kelar di leher serta beberapa luka tikaman pada badan.

image is not available

Foto: FB Suara FM

Menurut beliau, pasangan suami isteri berusia sekitar 40-an yang juga ibu bapa kepada dua kanak-kanak tersebut telah ditahan untuk membantu siasatan lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati abang mangsa bermain permainan dalam talian itu secara berlebihan sehingga berjaya mengumpul hampir sejuta ‘mata’.
“Bagaimanapun, dipercayai berlaku pertengkaran apabila mangsa dikatakan telah merosakkan telefon abangnya menyebabkan semua ‘mata’ yang dikumpul dalam permainan tersebut hilang,” katanya.

image is not available

Tambahnya, mangsa kini dirawat di Hospital Batu Pahat dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Siasatan masih dijalankan dan polis belum dapat mengambil keterangan daripada mangsa berikutan keadaannya yang belum pulih sepenuhnya.

Sumber: Threads aqilzulkiflee