Insiden Wanita Hampiri Sultan Nazrin: Kertas Enkuiri Tatatertib Dibuka Terhadap Anggota, Pegawai Pengiring

LocalPolitics
2 Sep 2025 • 9:56 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis Perak membuka kertas enkuiri tatatertib (KET) terhadap beberapa anggota serta pegawai pengiring susulan insiden wanita hampiri Sultan Nazrin Muizzudin Shah, pada Ahad.

Insiden wanita hampiri Sultan Nazrin

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin menjelaskan sekiranya siasatan mendapati wujud unsur kecuaian, kertas siasatan tatatertib (KST) pula akan dibuka bagi membolehkan siasatan lebih terperinci dilakukan sebelum sebarang tindakan diambil.

image is not available

Foto: Bernama

Beliau memaklumkan, pihaknya turut sedang meneliti langkah jangka pendek dan panjang dari sudut pentadbiran bagi memperkemas aspek kawalan keselamatan.

“Sehingga kini juga kesemua anggota dan pegawai terlibat masih bertugas seperti biasa. Satu mesyuarat bersama pihak istana akan diadakan hari ini bagi membincangkan tindakan susulan berhubung kejadian itu,” katanya.

Dalam kejadian ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan peringkat Perak di Ipoh kira-kira jam 8.20 pagi Ahad, seorang wanita dilaporkan cuba melepasi kawalan keselamatan untuk menghampiri Sultan Perak namun sempat ditahan oleh pasukan keselamatan.

image is not available

Foto: Bernama

Semalam, media melaporkan wanita terbabit telah direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

image is not available

Foto: Bernama

Siasatan awal mendapati wanita berkenaan mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah serta rawatan psikiatri, namun ujian saringan air kencing terbaharu menunjukkan keputusan negatif.

Kes disiasat di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan kecederaan parah.

Sumber: Buletin TV3