Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Perak membuka permohonan bagi Insentif Siswa Yayasan Perak (INSIS YP) bagi pelajar negeri Perak yang berkelayakan yang boleh dipohon menerusi laman web https://yayasanperak.gov.my.
Ikuti perkongsian berikut untuk mengetahui mengenai program ini dengan lebih lanjut.

Apakah Insentif Siswa Yayasan Perak?
Insentif Siswa Yayasan Perak merupakan bantuan permulaan secara ‘one-off’ kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti / IPT di dalam dan luar negara.
Sebelum ini, insentif ini dikenali sebagai ‘DERMASISWA YAYASAN PERAK’ yang diwujudkan untuk membantu pelajar untuk membuat persediaan pendaftaran pada kemasukan pengajian sepenuh masa Semester Pertama di Tahun Pertama ke IPTA,IPTS, Kolej Komuniti, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi, Politeknik, Kolej Vokasional dan Pusat Pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Perak.
Secara khusus, bantuan ini bertujuan untuk:
- Meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan.
- Mengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
- Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak Negeri Perak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
- Melahirkan ikon kepimpinan dalam pelbagai bidang yang akan menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan Perak.
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan adalah 4 BULAN dari tarikh daftar masuk IPT.
Kadar Bantuan
Kadar bantuan yang akan diberikan mengikut peringkat pengajian adalah seperti berikut:
i- Dalam Negara
| Peringkat Pengajian | Kadar Bantuan |
| Sijil (Termasuk Diploma Vokasional) | RM300 |
| Diploma | RM500 |
| Ijazah Sarjana Muda | RM1,000 |
ii- Luar Negara
| Peringkat Pengajian | Kadar Bantuan |
| Diploma | RM1,500 (Kategori A) RM2,500 (Kategori B) |
| Ijazah Sarjana Muda | RM3,000 (Kategori A) RM5,000 (Kategori B) |

Syarat Permohonan
Calon perlulah menepati syarat-syarat permohonan seperti berikut :
i- Dalam Negara
- Bagi kemasukan pengajian SEPENUH MASA SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja di peringkat Sijil, Sijil & Diploma Vokasional, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda ke IPT
- Anak kelahiran Negeri Perak (Warga Negara Malaysia) seperti berikut:
– Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Perak; atau
– Pemohon atau ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung); atau
– Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak tetapi sedang beralamat di luar Negeri Perak. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung); atau
– Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di luar Negeri Perak tetapi pernah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung) - Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas kecuali peringkat Sijil Kolej Vokasional (16 tahun) dan Diploma Kolej Vokasional (17 tahun).
- Isi rumah (Ibu dan Bapa / Pemohon / Pasangan) keluarga berpendapatan di bawah RM7,500 sebulan sahaja (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja / berkahwin, sila kemukakan salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan.
ii- Luar Negara
- Pemohon mestilah menghantar permohonan sewaktu semester pertama di tahun pertama pengajian sahaja.
- Mendapat tawaran melanjutkan pengajian sepenuh masa peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
- Mahasiswa yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar / Mobiliti Pelajar / Program Berkembar / Latihan Industri di IPT luar negara tidak termasuk dalam bantuan ini.
- Anak kelahiran Negeri Perak (Warga Negara Malaysia) seperti berikut:
– Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Perak; atau
– Pemohon atau ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung); atau
– Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak tetapi sedang beralamat di luar Negeri Perak. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung); atau
– Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di luar Negeri Perak tetapi pernah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung). - Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
- Isi rumah (Ibu dan Bapa / Pemohon / Pasangan) keluarga berpendapatan di bawah RM7,500 sebulan sahaja (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja / berkahwin, sila kemukakan salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara atas talian dengan melayari pautan https://yayasanperak.gov.my/v7/index.php/insentif-siswa-yayasan-perak-insisyp-dalam-dan-luar-negara/.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan bagi permohonan ini adalah seperti berikut:
- Salinan IC ibu bapa
- Salinan IC & surat beranak pelajar
- Salinan IC / surat beranak adik-beradik
- Penyata pendapatan ibu bapa (Jika ibu tidak bekerja, boleh dapatkan surat pengesahan penghulu / ketua kampung)
- Penyata bank pelajar
- Surat tawaran pengajian
- Resit pembayaran yuran
Soalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan Insentif Siswa Yayasan Perak?Insentif Siswa Yayasan Perak ialah bantuan permulaan secara ‘one-off’ oleh Yayasan Perak kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti / IPT di dalam dan luar negara.
Tarikh tutup permohonan insentif ini adalah 4 bulan dari tarikh daftar masuk IPT.
Apakah peringkat pengajian yang layak memohon insentif ini?Dalam Negara: Sijil (termauk Diploma Vokasional), Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Luar Negara: Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Ya dengan syarat pemohon atau ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak.
Bagaimanakah cara untuk saya memohon insentif ini?Permohonan boleh dibuat menerusi https://yayasanperak.gov.my/v7/index.php/insentif-siswa-yayasan-perak-insisyp-dalam-dan-luar-negara/.
Apakah dokumen yang saya perlu sediakan untu memohon?– Salinan IC ibu bapa
– Salinan IC & surat beranak pelajar
– Salinan IC / surat beranak adik-beradik
– Penyata pendapatan ibu bapa (Jika ibu tidak bekerja, boleh dapatkan surat pengesahan penghulu / ketua kampung)
– Penyata bank pelajar
– Surat tawaran pengajian
– Resit pembayaran yuran
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Insentif Siswa Yayasan Perak, sila hubungi 05-255 2929/05-246 1446 atau layari laman web https://yayasanperak.gov.my/.
Baca juga: Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang Timur Tengah 2026
