Permohonan Insentif Perkahwinan Kali Pertama Pahang RM300

Local
15 May 2026 • 11:28 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Kerajaan Negeri Pahang menyediakan Insentif Perkahwinan Kali Pertama sebanyak RM300 kepada pasangan yang layak yang boleh dipohon menerusi Sistem Pengurusan Bantuan Rakyat Negeri Pahang (e-Rakyat) iaitu https://erakyat.pahang.gov.my.

Oleh itu, semua pemohon adalah WAJIB membuat permohonan dan pendaftaran melalui sistem e-Rakyat sahaja.

Image from: Permohonan Insentif Perkahwinan Kali Pertama Pahang RM300

Mengenai Insentif Perkahwinan Kali Pertama

Insentif Perkahwinan Kali Pertama merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang di bawah program Ihsan MADANI dan IM Pahang ini dikhususkan untuk pengantin yang berpendapatan RM5,000 dan kebawah, serta menetap di Pahang. 

Dengan insentif ini, ini akan sedikit sebanyak membantu mereka yang baru berkahwin memulakan kehidupan mereka sebagai suami dan isteri.

Program ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Kategori Pasangan Islam dan Kategori Pasangan Bukan Islam.

Penerima mestilah sama ada pengantin lelaki atau perempuan yang merupakan anak kelahiran Negeri Pahang.

Jumlah Insentif

Jumlah insentif yang ditawarkan adalah sebanyak RM300.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini.
  2. Samada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang.
  3. Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5000.00 dan ke bawah layak menerima insentif.
  4. Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN)
  5. Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah.
  6. Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,
  7. pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan).
  8. Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras.
  9. Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.

Pemohon Tidak Layak

Pemohon yang tidak layak memohon insentif ini adalah seperti berikut:

  • Poligami
  • Nikah semula (pasangan yang sama selepas tamat tempoh iddah)
  • Nikah tanpa kebenaran
  • Kedua pasangan bukan asal Pahang
  • Pendapatan lelaki melebihi RM 5,000.00

Cara Memohon

Permohonan hanya boleh dibuat melalui Sistem e-Rakyat di pautan iaitu https://erakyat.pahang.gov.my.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon perlulah menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang).
  • Salinan catatan akad nikah pemohon.
  • Salinan no akaun bank / penyata akaun bank pemohon.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Insentif Perkahwinan Kali Pertama?

Insentif Perkahwinan Kali Pertama ialah inisiatif Kerajaan Negeri Pahang di bawah program Ihsan MADANI dan IM Pahang ini dikhususkan untuk pengantin yang berpendapatan RM5,000 dan kebawah, serta menetap di Pahang. 

Berapakah jumlah insentif yang akan diberikan?

Jumlah insentif yang akan diberikan adalah sebanyak RM300.

Adakah pemohon mestilah merupakan anak Pahang?

Ya. Pemohon mestilah sama ada pengantin lelaki atau perempuan yang merupakan anak kelahiran Negeri Pahang.

Jika saya ingin berkahwin semula selepas bercerai, adakah saya boleh memohon insentif ini?

Tidak. Pemohon yang ingin berkahwin semula tidak layak memohon.

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan?

Permohonan boleh dibuat menerusi Sistem e-Rakyat di pautan https://erakyat.pahang.gov.my.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Insentif Perkahwinan Kali Pertama, sila layari laman web https://erakyat.pahang.gov.my.

Baca juga: Bantuan Belia Berkahwin 2026 – Cara Mohon & Syarat

View Original Article