Inspektor Sheila Buat Hal Lagi? Tular Video Dakwa Disentuh Peniaga – “Apa Hak Awak?”

LocalPolitics
13 Nov 2025 • 4:54 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular di media sosial, sebuah video memaparkan seorang pegawai polis yang dikenali sebagai Inspektor Sheila didakwa menimbulkan kekecohan di sebuah gerai makan yang terletak di ibu negara, baru-baru ini.

Inspektor Sheila buat hal lagi?

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok, Sheila dilihat bertelagah bersama seorang lelaki yang dipercayai pemilik gerai tersebut sehingga menarik perhatian pelanggan lain.

@erol.gombak

♬ bunyi asal – KAYROLL 2156 – KAYROLL 2156

“Kamu menyentuh saya, kenapa awak sentuh saya? kenapa sentuh saya? Apa hak awak sentuh saya,” soal Inspektor Sheila berulang kali.

Dalam pada itu, dia turut mengajak peniaga terbabit untuk bergerak ke lokasi lain dan cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Jom saya ikut,” tegasnya.

image is not available

Bagaimanapun, terlihat seorang wanita yang dipercayai isteri kepada peniaga itu cuba meredakan keadaan namun mereka tetap bertikam lidah dan tidak mahu mengalah antara satu sama lain.

“Kenapa dia sentuh saya? Awak tanya dia. Kalau saya kecoh, tak bermaksud dia boleh sentuh saya. Saya perempuan tau,” ucapnya lagi.

Bukan itu sahaja, Sheila turut menuntut permohonan maaf daripada peniaga tersebut namun permintaan itu tidak diendahkan.

“Boleh minta maaf atau tidak? Kenapa awak sentuh saya? Sentuh perempuan,” pintanya.

Artikel lain: Halang Tugas Polis, Inspektor Sheila Mengaku Tidak Bersalah

Sebelum ini, pegawai polis itu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan menghalang tugas anggota polis di hadapan sebuah restoran, minggu lalu.

Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, Inspektor Sheila digantung tugas sejak 23 Jun 2023, berhubung beberapa kes antaranya menghina seorang anggota polis dan mengugut seorang wanita warga emas.

Sumber: TikTok erol.gonbak

The post Inspektor Sheila Buat Hal Lagi? Tular Video Dakwa Disentuh Peniaga – “Apa Hak Awak?” appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved