Tular Video Kes Temb*kan Didakwa Di Klang, Kali Ini Pada Waktu Siang

LocalPolitics
13 Nov 2025 • 12:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu lagi insiden tembakan dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di Klang, kini tular di media sosial.

Rakaman video berdurasi 1 minit 17 saat yang dirakam orang awam itu menunjukkan sebuah kereta dipercayai cuba melarikan diri sebelum dihalang oleh beberapa kenderaan lain di lokasi kejadian.

Artikel berkaitan: Pelabuhan Klang ‘Mendonia’ – Raih Kedudukan 10 Teratas Pelabuhan Tersibuk Dunia

View on Threads

 

Dalam video tersebut, kenderaan berwarna putih yang disyaki dipandu suspek dilihat beredar tergesa-gesa selepas insiden, manakala seorang individu dipercayai mangsa kelihatan terbaring di atas jalan.

Beberapa orang awam dilihat cuba memberi bantuan serta bertanya keadaan mangsa, selain menemui satu objek dipercayai peluru atau kelongsong di kawasan kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.

Sebelum ini, seorang lelaki berusia 34 tahun maut ditembak di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang, juga tular di media sosial baru-baru ini.

Mangsa difahamkan merupakan antara individu yang dikehendaki polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Sumber: Threads, Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.